Gambar hiasan sahaja | Google Images |
Hati tergerak nak buat spotcheck pada handphone suami. Sebelum ini memang naluri rasa semacam, rasa tak best dan seperti ada sesuatu yang tak kena. Sebenarnya dah lama aku tak buat spotcheck kerana percayakan suamilah, katakan. Tetapi sejak akhir-akhir ini, semakin rasa tak sedap hati pula.
Bila suami tertidur mati, aku capai handphonenya yang tersadai di atas meja televisyen, buka Facebook dan tengok group. Mata aku terbeliak besar. Jantung pula tak perlu cakaplah, kuat betul debarannya. Aku sangat-sangat terkejut!
Suami banyak join group seks, video seks, lawak seks, gambar seks dan bagai nak gugur jantung ini ke lantai. Tanpa menunggu lama, aku terus unfollow dan delete semua group yang tak berfaedah langsung itu.
Kemudian aku periksa pula WhatsApp dia. Ada juga group ke neraka itu lagi rupanya. Terus aku left dan delete. Panas betul haki aku. Kalau boleh keluar api di hidung ini, bahana terlalu marah.
Selepas itu, aku copy paste segala artikel berkaitan hukum menonton video dan gambar-gambar lucah dan sent ke WhatsApp suami. Ayat paling last aku taip,
"Kalau nak add baru, anggaplah abang dah kehilangan isteri"
Panjang lebar mesej aku taip dan dia boleh jawab 'Okey' saja? Aku memang nekad, kalau suami nak sangat yang haram itu, silakan. Yang halal ini (isteri) akan mengundurkan diri.
Wahai suami, apa yang kau rasa kalau isteri yang join group sedemikian? Chat tentang seks tanpa rasa segan, chat dengan lelaki lain selain kau. Nak?
Apakah ini sudah menjadi satu trend di mana suami atau isteri akhir zaman wajib ada benda-benda bodoh ini? Patutlah berjam-jam melayan handphone. Kejap-kejap handphone, rupanya sedang 'berzina' di alam maya!
Sebagai isteri, aku terfikir, betapa Maha Bijaksananya Allah kerana menganugerahkan naluri kepada isteri. Kau ingat insteri kau suka sangat ke nak periksa handphone kau tu? Tahu tak, Allahlah yang mengerakkan hati si isteri untuk periksa handphone suaminya. Sebab apa? Sebab ada 'sesuatu' di situ.
Dalam tak sedar, wahai para suami, isteri kamu itu sudah menyelamatkan kamu dari terus 'berzina' dan dari jilatan api neraka.
Mesti kau buat muka kan?
Akhir zaman ini, majoriti suami tidak layak menjadi pemimpin. Buktinya? Kisah ini adalah salah satu darinya.
"Suami itu baiklah. Cuma dia tengok video lucah dan gambar lucah saja pun"
Eh, baik ke tengok benda-benda haram itu? Dosa ke pahala kalau tengok? Halal ke haram hukumnya?
Wahai suami, apakah kau tak rasa seperti telah mengkhianati cinta isterimua, mencurangi isterimu? Masa kau layan video dan gambar-gambar lucah itu, bohong sangatlah nafsu kau tak naik. Bohong sangatlah kalau kau tak membayangkan diri kau bersama perempuan yang kau tengok itu.
Aku pula yang berasa amat malu melihat semua gambar dan video itu. Tak buka pun sebenarnya, geli dan jijik.
Suami yang baik, dia jaga semua. Biar muka kau tak kacak, biar muka macam jambatan tak siap. Janji kau berakhlak mulia dan di akhirat kelak Allah tak panggil kau ikut rupa, tetapi nama.
Untuk suami yang baik, tahniah. Untuk suami seperti di atas, lebih baik kau tak payah kahwin. Membujanglah kau sampai ke tua. - Dari isteri yang amat terluka | KRT
Disunting semula untuk siaran di The Reporter sahaja