Loading...
Cite Malaya

Kes Kemalangan Bas Ekspres Alisan..Lama Berdiam Diri, Ini Respon Syarikat Terbabit Yang MENGEJUTKAN !!!

Kes Kemalangan Bas Ekspres Alisan..Lama Berdiam Diri, Ini Respon Syarikat Terbabit Yang MENGEJUTKAN !!! |Goldstar Express (M) Sdn Bhd menafikan pihaknya bersalah dalam nahas bas ekspres Alisan yang mengorbankan 14 nyawa, dekat Pagoh, 24 Disember lalu.
Bagaimanapun, syarikat terbabit sedia membantu keluarga mangsa dan memberi kerjasama kepada semua pihak.
Wakil Goldstar, Ketua Penyelia Wilayah Selatan, Steven Chong, berkata bas yang terbabit kemalangan itu bukan lagi milik Goldstar Express sebaliknya milik rakan kongsi yang sudah meninggalkan syarikat itu.
“Kami bukan tidak mahu bertanggungjawab. Malah, kami sedia bekerjasama dengan semua pihak.
“Namun, sehingga ini, pihak sepatutnya bertanggungjawab ke atas bas itu belum juga mahu tampil.
“Goldstar sebelum ini dikuasai empat ahli perniagaan. Seorang daripadanya sudah meninggalkan syarikat dan mengambil sebuah bas sebagai pampasan pada 2015.
“Malah, kami mengarahkan mereka tidak menggunakan nama Alisan dan Goldstar Express serta tidak pernah memberi kebenaran kepada mereka menggunakan label terbabit,” katanya dalam sidang media di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Dalam sidang media itu juga, Steven berkata, pihaknya sudah menghantar laporan siasatan dilakukan syarikat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), 28 Disember lalu.
Menurutnya, dalam laporan siasatan tujuh muka surat yang diserah kepada SPAD berhubung rayuan penarikan notis penggantungan lesen pengendali Goldstar Express itu, pihaknya menyatakan bas yang terbabit diserah kepada Billionstar Express Sdn Bhd yang mempunyai lesen pengendali sah daripada SPAD.
“Urusan pinjaman bas terbabit sebenarnya belum tamat kerana kita masih membayar ansuran kepada bank.
“Oleh itu, urusan tukar hak milik daripada Goldstar Express kepada Billionstar Express tak dapat dilakukan,” kata Steven.
Justeru, beliau berkata, beliau berharap syarikat terbabit tampil kerana mereka mempunyai bukti Goldstar Express tidak bertanggungjawab dengan kejadian itu.
“Malah syarikat kami tidak terbabit secara langsung dalam urusan jual beli tiket. Tiket bas itu bukan dikeluarkan pihak kami,” katanya.
Empat belas terbunuh manakala 16 yang lain cedera dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayor, Pagoh, pada kira-kira 3 pagi. – Kredit EBerita

About Cite Malaya

Powered by Blogger.