'Ini yang buat aku malas nak keluar' - OKU

loading...

MELAKA - "Benda macam inilah buat aku malas nak keluar," demikian luahan seorang lelaki OKU apabila tempat parking khas untuk golongan seperti dirinya telah dihalang sebuah kereta. 

Ahad lalu, Hafiz Hamzahari memuat naik luahannya di laman Facebook yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu Perodua Axia yang meletakkan kenderaannya di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan Hafiz mengalami kesukaran untuk memasuki keretanya. 

"Sudahlah cari parking punyalah susah tadi, nak balik boleh pula kena macam ini. Engkau kalau hidup tak nak bantuan orang tak apa, ini kau menyusahkan orang pula apahal? 

"Apa hawaulah perangai manusia macam ini. Sudahlah main selit di tepi, benda macam inilah buat aku malas nak keluar, jumpa spesis yang tak ada akal dan pentingkan diri," tulisnya. 

Luahan Hafiz itu kini viral di media sosial dan mendapat 1,141 perkongsian, rata-ratanya mengecam tindakan pemandu Axia terbabit yang mementingkan diri.

"Inilah golongan manusia yang pentingkan diri. Semua benda nak dekat, sampai tempat parkir OKU pun nak dikacaunya. Pemandu yang tiada akal seperti inilah yang patut disaman oleh penguatkuasa," tulis netizen. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close