Loading...
gengsensasi

Doa Mengenai Petir Dan Kilat

Ar Ra’du (petir) adalah suara yang terhasil dan dapat didengar dari awan. Manakala As Showa’iq (kilat) adalah api (cahaya) yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir yang kuat.
.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya tentang petir, lalu Baginda Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam menjawab;

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

 “Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”  (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)
.
Ali radhiyallahu ‘anhu mengatakan“Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga, “Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”
.
“Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah SWT, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya.” (Lihat Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/263-264)
.
Firman Allah SWT  dalam Surah Ar Ra’ad;12-13:
2:19
“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, disertai gelap-gelita, guruh dan kilat; mereka menyumbatkan jari ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”
.
Ketika menafsirkan surah al-Baqarah ayat 19, As Suyuthi mengatakan bahawa petir (Ar Ra’du) adalah malaikat yang ditugaskan mengatur awan. Ada juga yang berpendapat bahawa petir adalah suara malaikat. Manakala kilat (barq) adalah kilatan cahaya dari cemeti malaikat tersebut untuk mengiringi mendung. (Tafsir Jalalain dengan Hasyiyah ash Showi 1/31, ed).
.
.

Doa Ketika Mendengar Petir

.
Dibaca doa-doa berikut 3 kali:
.
.
.
Dari ‘Ikrimah mengatakan bahwasanya Ibnu’ Abbas radhiyallahu ‘anhuma tatkala mendengar suara petir, beliau mengucapkan,

سُبْحَانَ الَّذِي سَبَّحَتْ لَهُ

‘Subhanalladzi sabbahat lahu’ (Maha suci Allah yang petir bertasbih kepada-Nya). Lalu beliau mengatakan, “Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternakan membentak haiwannya.” (Lihat Adabul Mufrod no. 722, dihasankan oleh Syaikh Al Albani)
.
Apabila Abdullah bin Az Zubair mendengar petir, dia menghentikan perbincangan, kemudian mengucapkan;

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

‘Subhanalladzi yusabbihur Ro’du bihamdihi wal malaikatu min khiifatih’
(Maha suci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya).
.
Kemudian beliau mengatakan;

إِنَّ هَذَا لَوَعِيْدٌ شَدِيْدٌ لِأَهْلِ الأَرْضِ

“Inilah ancaman yang sangat keras untuk penduduk suatu negeri.” (Lihat Adabul Mufrod no. 723, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)
.
Dapat dilihat ketakutan ini dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke dalam masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir.
.
Firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ ﴿١٢﴾ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّـهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ ﴿١٣

“Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.” (Surah Ar Ra’ad :12-13)
.
Daripada ayat Al Quran ini, kita dapati sifat ‘Petir’ (guruh) dan ‘Halilintar’ (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu’ 13)
.
Pada zaman sebelum Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, syaitan-syaitan dapat naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita setelah mendapat arahan daripada tukang tilik yang mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan yang cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia sahaja yang mempunyai hayat tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yang tidak mati apabila dipanah petir hanyalah `Azazil.
.
.
.

Kajian Sains

Teori sains mengenai petir dan kilatRibut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba.yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi guruh (petir)
.
Kilat biasanya berlaku ketika hujan ribut, letusan gunung berapi atau ribut pasir. Kilat mampu mencapai kelajuan 216,000 km/jam dan suhu mencecah 30,000oC.
.
Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar aktiviti kilat yang tertinggi di dunia dengan purata 180 hingga 300 pancaran kilat setahun. 80% pancaran kilat yang direkodkan di Malaysia adalah berkeupayaan 50 hingga 100 juta Volt dengan arus mencecah 20,000 Ampere.
.
.

Bagaimana Ia Terjadi?

  • Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil.
  • Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
  • Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
  • Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
  • Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
  • Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang.
.
.

Letusan Ke Bawah

.
Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.
.
.

Apakah Kilat?

.
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu (16 kilometer) dari kawasan hujan tersebut.
.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C – iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.
.
.

Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku

.
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.
.
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.
.
.

Keselamatan Ketika Kilat Dan Petir

.
  • Kilat boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
  • Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu (9.6 km dari tempat kita berada.
  • Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik ‘Flash to Bang’ (Kilat ke Guruh).
  • Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. (10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu).
  • Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.
.
.

Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Kilat Dan Petir

.
Ketika berlakunya kilat dan guruh, langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
.
A.  Keselamatan Dalam Bangunan:
.
  • Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
  • JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
  • Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
  • Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.
.
.
B.  Keselamatan Di Luar Rumah:
.
  • Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
  • Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
  • Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
  • Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
  • APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
  • DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
  • JANGAN berlindung di pondok talipon, pondok bas, bangsal, khemah, di bawah pokok.
  • JANGAN berada di kawasan lapang, padang bola, padang golf.
  • JANGAN berada di kawasan berair seperti tasik, sungai, paya, kolam mandi, taman tema air dan sebagainya.
  • JANGAN berada di tanah tinggi, gunung dan bukit.
  • JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti batu dengan tanah, air dengan darat, pokok dan tanah.
  • JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti pagar, tiang bendera, tiang talifon, tiang elektrik.
  • APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda duduk rendah di tengah bot.
  • JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.