Loading...
gengsensasi

Hampir 10 tahun berusaha, akhirnya wanita ini disahkan mengandung


Tiada apa yang lebih mengembirakan dari mendapat perkhabaran sesebuah pasangan itu bakal menerima kehadiran cahaya mata, lebih-lebih lagi anak sulung. 

Tahniah kepada Nurul Zulkifli dan pasangannya. Setelah 10 tahun, dengan pelbagai ikhtiar dan cara, akhirnya dengan izin tuhan, Nurul disahkan mengandung. 

"Alhamdulillah, selepas 10 tahun perkahwinan/percubaan (termasuk bertemu dengan beberapa pakar, endoscopy, laparoscopy, kesakitan yang tidak dapat dilupakan ketika menjalani ujian HSG, IUIs, berjuta makcik urut, supplements yang disarankan oleh keluarga dan rakan, program detox/rawatan, 2 IVFs), pheww! Saya akhirnya disahkan mengandung tiga bulan!! 

"Saya tahu masih terlalu awal untuk mengumumkannya tetapi nak kongsi juga. Namun bukan seorang, tetapi kembar, insyaAllah! 

"Jadi kepada rakan-rakan saya semua yang masih mencuba, teruskan mencuba. Saya pernah merasa yang mungkin saya tidak akan mengandung, pernah berputus asa beberapa kali, tak mengapa, (rehatlah seketika, ambil masa, pergi bercuti, fokus pada kerja), kemudian cuba lagi! InsyaAllah masa awak akan tiba. 

"Perjalanan saya tidak berakhir di sini. Tolong doakan kehamilan saya berjalan dengan lancar. Amin. 

"Masih bergenang air mata setiap kali saya bercakap tentang hal ini. Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang untuk melihat dua garis pada pregnancy test kit. Dua garis yang telah saya tunggu setiap bulan untuk 10 tahun yang lalu.

"Alhamdulillah dan teringin mendengar degupan jantung mereka! MasyaAllah, Alhamdulillah sekali lagi. Doakan saya, okey!" kata Nurul Zulkifli - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.