Doktor DEDAHKAN Kenapa Bayi Bawah 6 bulan Tak Boleh Diberi Makan. Ini Ramai TAK TAHU !!! | Beberapa hari ini telah melintas di timeline saya gambar seorang kanak-kanak yang telah dilakukan pembedahan kerana usus tersumbat. Persoalannya, mengapa masih ada lagi ibu bapa atau orang sesekeliling yang gemar memberikan nasihat yang tidak-tidak kepada si ibu dan sanggup memberi anak mereka makan diusia awal begitu atas alasan anak menangis seolah tidak puas atau tidak kenyang..
Makanan pejal seperti nestum yang sudah dibancuh, kanji atau bubur nasik tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:
🛇 Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan.
🛇 Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
🛇 Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
🛇 Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
🛇 Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa anak-anak mereka tidak mengalami perkara demikian. Tidak semua anak-anak bernasib baik.
Ada sebab sebenarnya mengapa garis panduan pemakanan telah dikeluarkan. Ini kerana terdapat kes-kes seperti ini yang berlaku. Kami turut simpati kepada bayi yang kecil yang tidak dapat memberitahu kita bahawa mereka dalam kesakitan kecuali melalui tangisan hiba mereka.
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan pada peringkat awal seperti ;
Manakala, telur kuning boleh diberikan pada umur 10bulan dengan memasaknya dengan sempurna. (Telur kuning kaya dengan lemak dan vitamin mineral seperti zat besi).
Namun telur putih meskipun kaya protein, ia hanya digalakkan diberikan pada usia setahun ke atas untuk mengelakkan alahan terutama kepada anak yang mempunyai ekzema.
Kandungan garam mineralnya yang tinggi juga membebankan buah pinggang bayi. Berlainan pula dengan susu formula yang berasaskan susu lembu. Ia telah diubahsuai supaya menghampiri kandungan susu ibu dan sesuai diberikan mengikut umur bayi.
Namun, berhati-hati sekiranya bayi mengalami alahan kepada susu lembu atau susu kambing. Susu segar yang tidak dipastur juga boleh mengandungi bakteria yang boleh membahayakan nyawa bayi.
—-
Jika anak anda sakit, adakah mereka yang ‘memandai-mandai’ itu yang akan membawa anak anda berjumpa doktor? Ataupun mereka yang akan berjaga siang malam untuk menjaga anak anda yang sedang sakit selepas pembedahan?
Tidak bukan? Malahan tanggungjawab itu terserah kepada kita keseluruhannya.
Maka sebagai ibu bapa, kita berhak membuat pilihan yang terbaik untuk anak kita sendiri.
Notakaki;
Saya tidak menyalahkan ibu tersebut kerana terkadang pendirian kita ini akan ditewaskan oleh kata-kata orang lama. Bimbang juga jika dikatakan terlalu manjakan anak. Tetapi saya berharap perkara ini mampu memberikan kita pengajaran. Speedy Recovery baby!
Sumber rujukan
http://ift.tt/2iEA1QB
Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih
FB : http://ift.tt/2hoHPkf
Ulasan Diet ;
Pn Ruqayyah Muhd(Dietician) Kredit:-Medical Mythbuster