Loading...
gengsensasi

Datuk & Isterinya Cedera Parah Ditetak Sekumpulan Perompak


IPOH, PERAK - Seorang lelaki bergelar Datuk parah ditetak di bahagian kepala, manakala isterinya cedera selepas ditetak sekumpulan perompak di kediaman mereka di Meru Height, petang tadi, lapor Kosmo Online

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bersama isterinya sebelum itu sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi oleh sekumpulan lelaki yang kemudian menyerang mereka. 

Isteri Datuk berkenaan juga turut cedera di bahagian tapak tangan | Foto - Netizen
Menurut jiran mangsa, Jasmin, sewaktu kejadian, hujan lebat di kawasan tersebut dan dia terdengar bunyi jeritan dari rumah mangsa. Jasmin sempat melihat sekumpulan lelaki keluar dari laman rumah mangsa sebelum beredar dengan menaiki motosikal. 

"Saya keluar rumah dan meminta isteri Datuk menutup pagar kerana bimbang perompak itu berpatah balik ke rumah mereka sebelum menghubungi polis melaporkan kejadian itu," katanya kepada Kosmo

Kediaman mangsa | Foto - BERNAMA
Mangsa  mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala isterinya cedera di bahagian tapak tangan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan kecemasan. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close