Loading...
Cite Malaya

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15



KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara hari ni dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan baginda akan berakhir pada 12 Disember ini.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran. – Bernama

About Cite Malaya

Powered by Blogger.