Loading...
Cite Malaya

Biodata Sultan Muhammad ke-V, Bakal YDP Agong.. Dan Baca Kenapa Baginda Tukarkan Daulat Tuanku..



Tempoh pemerintahan 13 September 2010 –kini
Didahului oleh Sultan Ismail Petra
Permaisuri :Tengku Zubaidah Binti Tengku Norudin (bercerai)
Nama penuh  :Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra

Ayahanda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
Bonda Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
Kelahiran 6 Oktober 1969

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V (lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Pada tanggal 13 Disember 2011, Sultan Muhammad ke-V telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

Tengku Mahkota
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pendidikan dan kerjaya
Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Istana Kubang Kerian
Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri. 
Baginda merupakan satu-satunya sultan yang menukar perkataan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.

‘Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala’.
-Sultan Muhammad V
Baginda hanya membahasakan dirinya sebagai saya sahaja dan bukannya beta seperti sultan-sultan lain.
Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa Ă¢€˜alif lam mimĂ¢€™ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

About Cite Malaya

Powered by Blogger.