Loading...
Cite Malaya

Luahan Adik Perempuan Apabila Kekasih Bunuh Abang, Lebih Menyedihkan Isteri Abangnya Sedang Hamil

Luahan Adik Perempuan Mangsa Bunuh Kejam Kekasih

adik-mangsa
Berita pembunuhan seorang abang yang cuba mendedahkan penipuan status kekasih adik perempuannya kini menjadi tumpuan ramai.
Ramai yang bersimpati dengan nasib mangsa, yang cuba menyelamatkan adiknya dari ditipu oleh kekasihnya.
Suspek bernama Hafiz menipu apabila mengatakan masih bujang walhal pernah berkahwin sebelum ini.
Apabila helah terbongkar, kekasih adiknya itu menikam mangsa sehingga maut dan kini sedang diburu polis.
Adik kepada mangsa bernama Azlina ternyata tidak dapat menahan kesedihan apabila kekasihnya sanggup membunuh abangnya setelah kantoi menipu status perkahwinan.
Wanita ini ternyata kelihatan sayu dan sugul apabila melihat jenazah abangnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu.
Azlina Husin yang kini berumur 27 tahun, tidak dapat menahan sebak sebaik dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin yang berumur 34 tahun.
Dia akui terkejut dan tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abangnya.
Ini luahan adik mangsa:
“Saya tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abang..
“Sebelum ini, dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik status perkahwinannya terjawab.
“Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu,”
Azlina dilihat menangis sambil ditenteramkan ahli keluarga yang lain.
Van jenazah beredar dari pekarangan Unit Forensik HSNZ kira-kira 7.40 malam dan difahamkan, jenazah akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman
Shukri merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.