Loading...
TR

Padah merempit, 2 remaja maut akibat motosikal bergesel



Padah berlumba haram, dua remaja lelaki dilaporkan mau selepas motosikal mereka bergesel sebelum terjatuh dalam kejadian di Kilometer 111.3, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Selatan, pada awal pagi Isnin. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 1 pagi itu mengorbankan nyawa mangsa berusia 16 dan 19 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. 


Siasatan awal polis mendapati, dua mangsa terbabit terdahulu berlumba dengan dua lagi motosikal (keseluruhannya empat) bermula dari Sungai Petani menghala ke Butterworth. 


Malangnya, mangsa dikatakan hilang kawalan lalu bergesel sesama sendiri dan terbabas di tengah lebuh raya. Kedua-dua mangsa mneinggal dunia di tempat kejadian. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat. 


Manakala dua lagi mangsa berusia 18 dan 19 tahun yang juga parah dan cedera ringan, sedang menerima rawatan di hospital yang sama. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Astro Awani

About Cite Malaya

Powered by Blogger.