Loading...
TR

Lelaki bunuh bekas kekasih kerana sekat nombornya di WhatsApp


Seorang lelaki mencekik tukang urut yang juga merupakan kekasihnya sehingga mati di sebuah pusat spa selepas mangsa berpisah dengannya, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Dubai, Selasa. 

Mahkamah diberitahu bagaimana defendan warga Bangladesh berumur 30 tahun itu menyerang mangsa yang juga berasal dari negara sama, menghilangkan diri selepas diberi Dh7,000 (RM7,884.90) sedangkan dia sudah bersetuju menerima lamarannya. 

Tertuduh pada awalnya tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan menegaskan dia tidak berniat membunuh mansgsa. Tertuduh juga didakwa mencuri telefon bimbit mangsa. 

Mahkamah mendapati defendan bersalah dan diperintah untuk dipenjarakan.

Terdahulu, kejadian itu berlaku pada 16 Disember di Al Rafaa. Tertuduh berjaya ditahan sehari selepas kejadian. 

Menurut polis, mereka memperolehi gambar tertuduh dari kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian dan polis berjaya menahan remannya untuk membantu siasatan. 

Siasatan awal mendapati, lelaki itu baru sebulan mengenali mangsa. Dia kemudian datang ke tempat kerja mangsa. 

Majikan mangsa berkata, lelaki itu datang ke premis mereka pada jam 6:00 petang. 

"Dia bayar Dh160 kepada mangsa untuk khidmat mengurut. Selepas satu setengah jam kemudian, dia tidak keluar atau meminta servis dilanjutkan," katanya. 

Apabila masuk ke dalam bilik, saksi terkejut mendapati mangsa terbaring di lantai dan kepala serta wajahnya ditutup dengan tuala. Selain itu terdapat darah di pakaian mangsa. 

Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku membunuh mangsa selepas mangsa menghalaunya keluar dari spa itu. 

"Suspek beritahu mangsa yang dia mahu melakukan hubungan seks dengan mangsa. Tetapi apabila mangsa meminta bayaran lebih, suspek menjadi berang lalu mencekiknya kira-kira 10 minit. 

"Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan meninggal dunia. Suspek berjaya melepaskan diri selepas membawa lari telefon bimbit mangsa," kata sumber polis. 

Laporan bedah siasata mengatakan, punca kematian mangsa adalah disebabkan sesak nafas kerana dicekik oleh suspek. 

Sumber: Khaleejtimes

About Cite Malaya

Powered by Blogger.