Loading...
TR

Kes rasuah Felcra RM3 juta, Bung Mokhtar & isterinya ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Bung Moktar ditahan 10.50 pagi semalam  di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi semalam selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA. Difahamkan, siasatan kes rasuah agensi kerajaan tersebut melibatkan nilai hampir RM3 juta.

“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

“Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Bung Moktar merupakan bekas Pengerusi Felcra sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2018. Manakala isterinya, Zizie Ezette merupakan pelakon terkenal yang pernah menghiasi dunia lakonan melalui filem dan drama seperti Kekasih Awal dan Akhir, Black Maria, Cinderella dan banyak lagi. 

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar, dan seorang anak perempuan serta dua orang anak angkat

Akaun instagram Zizie Ezette juga dihujani dengan komen-komen netizen mengenai isu ini.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.