Viral di media sosial video seorang lelaki muda ditangkap dan dibelasah orang awam setelah didapati memecah masuk kediaman penduduk.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi di Taman Mutiara Sungai Kob, Kedah, suspek ditangkap ketika sedang memecah masuk sebuah rumah.
Menurut sumber, suspek bukan sahaja cuba memecah masuk tetapi juga cuba merogol penghuninya.
Berdasarkan video, belakang badan suspek yang tidak memakai pakaian penuh dengan kesan birat dipercayai dipukul menggunakan paip getah.
Individu yang menangkapnya juga bertanya bagaimana suspek mengetahui ada anak dara di dalam rumah tersebut. Suspek hanya menjawab dia ternampak.
Sumber lain pula mendakwa, suspek sempat menjamah nasi yang ditinggalkan sebelum kehadirannya disedari oleh penghuni rumah.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengunci pintu dan tingkap kediaman masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu, jangan bertindak melulu dan hubungi pihak polis untuk meminta bantuan.