Loading...
TR

Peladang serang 12 murid tadika dengan pisau dapur dihukum mati


Peladang yang menyerang 12 kanak-kanak dengan pisau dapur di sebuah tadika di selatan China dalam kejadian dua tahun lalu telah dihukum bunuh, lapor Daily Mail

Dalam kejadian berdarah itu, Qin Pengan, 43, telah masuk ke sebuah tadika di bandar Pingxiang, Guangxi dan mula melibas dan menikam kanak-kanak. 


Qin berbuat demikian kerana mahu membalas dendam selepas kehidupannya tidak menjadi seperti yang dia mahukan. 

Akibatnya, 12 mangsa cedea, 4 parah diserang Qin sebelum guru tadika menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan, menyebabkan Qin terus melarikan diri dari lokasi kejadian.


Mahkamah di Pingxiang menjatuhkan hukuman mati terhadap Qin dan hukuman itu telah dilaksanakan pada Jumaat lalu selepas diluluskan oleh Mahkamah Agung Rakyat China.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.