VIRAL Kes Mangsa Tikam. TPM Dedah Punca Kejadian SEBENAR | Saya Luv Islam – Semalam viral apabila seorang lelaki maut ditikam dan digilis kereta di stesen minyak. Terkini DS Zahid Hamidi memberitahu wartawan punca kejadian sebenar. Jom baca dan kongsikan.
IDENTITI MANGSA TIKAM
Lelaki yang mati ditikam dan dilanggar dengan kereta di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin disahkan sebagai ketua kumpulan kongsi gelap, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perselisihan dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap dikenal pasti menjadi punca kejadian.
“Polis giat memburu empat suspek yang dikenal pasti berada dalam kenderaan terbabit. Siasatan terperinci dilakukan dan kita yakin berlaku perselisihan antara dua kumpulan berkenaan.
TINDAKAN TEGAS TERHADAP KONGSI GELAP
“Tindakan tegas akan diambil ke atas kumpulan kongsi gelap manakala langkah pencegahan akan dikenakan kepada pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis bersiap siaga terhadap tindakan balas dendam membabitkan kumpulan kongsi gelap terbabit.
POLIS SENTIASA SIAP SIAGA
“Itu budaya mereka dan (balas dendam) jadi kebiasaan, namun polis sentiasa siap siaga dan tiada hari tanpa operasi,” katanya.
Dalam kejadian malam Ahad lalu, mangsa berusia 30-an itu maut akibat ditikam selepas bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah luka tikaman ke jantung.
Mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i.
Sumber : Berita Harian
The post VIRAL Kes Mangsa Tikam. TPM Dedah Punca Kejadian SEBENAR appeared first on SAYALUVISLAM.