Loading...
SIL

Tindakan TERKINI Rejim Israel Terhadap Gaza Ni Buat Ramai Umat Islam MARAH

Tindakan TERKINI Rejim Israel Terhadap Gaza Ni Buat Ramai Umat Islam MARAH | Saya Luv Islam – Ekoran Hamas melancarkan beberapa peluru berpandu ke negara Israel, tindakan balas regim Israel terhadap Gaza buat ramai umat islam marah. Allahu.

ISRAEL TUTUP SEMPADAN GAZA

Rejim Israel, hari ini bertindak menutup pintu sempadan Semenanjung Gaza di Kerem Shalom, menghalang lalu lintas orang ramai dan penghantaran barangan.

Kerem Shalom adalah laluan utama pelbagai jenis barang memasuki Semenanjung Gaza dan persimpangan pejalan kaki Erez ditutup hari ini, kata Ketua Jawatankuasa Penyelaras kemasukan barangan di Semenanjung Gaza, Raed Fattouh.

Kesan akibat penutupan pintu sempadan ini menyaksikan ribuan rakyat Gaza Palestin bakal kebuluran dan sakit tanpa rawatan.

Namun, rejim Zionis tidak memaklumkan berapa lama penutupan itu dikuat kuasa.

PUNCA ISRAEL TUTUP SEMPADAN

Pintu lintasan barangan di Karam Abu Salem di selatan Semenanjung Gaza dan lintasan orang ramai di Beit Hanoun di utara ditutup sehingga satu pemberitahuan baharu dibuat, kata rejim itu.

Tel Aviv dikatakan bertindak demikian dengan mendakwa roket dilancarkan setiap hari dari kawasan itu sejak minggu lalu, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.

Sementara itu, pesawat rejim Israel menyerang tiga fasiliti milik Hamas, kumpulan yang mengawal Semenanjung Gaza, sebelum Subuh hari ini sebagai tidak balas terhadap serangan roket terbaharu.

Serangan itu menyasarkan kem latihan dan tempat simpanan senjata Hamas, namun tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

TENTERA ISRAEL PERHEBAT SERANGAN KE ATAS GAZA

Tentera Israel membedil Semenanjung Gaza menggunakan kereta perisai dan pesawat.

Serangan itu dikatakan susulan tembakan roket yang dilancarkan ke arah mereka di selatan negara itu oleh Palestin, pada Isnin.

Sekurang-kurangnya dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza, dengan satu daripadanya dapat dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Dome milik tentera Israel.

Menurut satu kenyataan dari tentera rejim Zionis, serangan menggunakan sebuah kereta perisai dan pasukan tentera udara Israel telah disasarkan kepada lokasi tentera Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Tiada sebarang maklumat diterima mengenai jumlah kematian atau kecederaan di lokasi serangan setakat ini.

LOKASI HAMAS JADI SASARAN

Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conricus berkata, kereta perisai Israel membedil lokasi tentera Hamas di Gaza selepas memintas roket kedua yang dilancarkan pergerakan itu.

Penduduk Gaza berkata, serangan itu berlaku di bahagian utara penempatan rakyat Palestin.

Ia adalah tembakan roket pertama dilancarkan sejak petang Jumaat lalu yang mencetuskan serangan berterusan Israel selama dua malam berturut-turut, mengakibatkan dua anggota pergerakan Hamas terbunuh. – AFP

Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb

The post Tindakan TERKINI Rejim Israel Terhadap Gaza Ni Buat Ramai Umat Islam MARAH appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.