Tentera Korea Utara DITEMBAK Di Sempadan. Puncanya MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Seorang tentera Korea Utara ditembak bertubi-tubi ketika melintasi sempadan. Hasil siasatan mendapati askar tersebut telah….
PARAH DITEMBAK DI SEMPADAN
Seorang tentera Korea Utara yang cedera parah selepas ditembak ketika melintasi sempadan menuju ke Korea Selatan sudah dipindahkan ke sebuah hospital tentera, kata seorang pegawai perisik Korea Selatan, hari ini.
Tentera Korea Utara, Oh Chong Song, 24, dipindahkan ke hospital tentera semalam dari pusat trauma di Hospital Universiti Ajou di selatan Seoul di mana dia dirawat akibat luka tembakan dan dua pembedahan sebelum ini.
“Oh sudah pun dipindahkan ke hospital tentera Korea Selatan dan perkhidmatan perisikan akan dijadualkan memproses soal siasat berkaitan keselamatan dengan bergantung kepada keadaan Oh,” kata pegawai perisikan memberitahu Reuters.
Beliau turut enggan memberikan jadual spesifik soal siasat berkaitan Oh itu.
PUNCA DITEMBAK
Oh cedera parah selepas ditembak oleh tentera Korea Utara ketika sedang melarikan diri melintasi sempadan menuju Korea Selatan pada November lalu.
Kemudian, tiga tentera Korea Selatan yang menyelamatkan Oh membawanya menaiki sebuah helikopter tentera, Black Hawk Amerika Syarikat (AS) dan bergegas memberikan rawatan pembedahan.
“Kakitangan pembedahan di Hospital Angkatan Tentera berterusan menyediakan penjagaan dan rawatan kepada Oh,” kata seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan. – Reuters.
BERIKUT KISAH TAHUN LEPAS
Pegawai tentera agensi pengintipan Korea Utara berpangkat kolonel berpaling tadah ke Korea Selatan tahun lalu, dalam kes jarang berlaku membabitkan anggota kanan.
Pengumuman dibuat tiga hari selepas Seoul mendedahkan 13 rakyat Korea Utara yang bekerja di restoran sama di negara luar berpaling tadah ke Korea Selatan.
Ia adalah kumpulan terbesar berbuat demikian sejak Kim Jong-Un mengambil alih kuasa pada lewat 2011.
Media Korea Selatan melaporkan restoran berkenaan terletak di bandar raya Ningbo di timur China.
Kolonel berkenaan bertugas untuk Biro Perisikan tentera Korea Utara sebelum berpaling tadah ke Korea Selatan, menurut Kementerian Pertahanan dan Kementerian Penyatuan negara itu.
Kedua-dua kementerian enggan memberikan butiran lanjut mengenai motif tindakan itu.
Agensi perisikan Korea Utara dipercayai mendalangi dua serangan maut yang membunuh 50 rakyat Korea Selatan pada 2010
Sumber : Berita Harian
The post Tentera Korea Utara DITEMBAK Di Sempadan. Puncanya MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.