Loading...
TR

'Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora' - Elfira Loy


Viral di media sosial, video review barang-barang kosmetik yang dihoskan oleh pelakon, Elfira Loy, di saluran YouTube, Twinkel TV.

Dalam episod pertama Elfira Loy Unbox, Elfira berkata baru-baru ini dia menghadiri sebuah majlis di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat dan berkesempatan untuk singgah di Sephora.

"Saya pergi ke LA untuk satu event, tapi saya sempat masuk ke Sephora dan itu adalah apa yang saya mahu lakukan sebenarnya. Pergi LA, nak masuk Sephora dan beli macam-macam.

"Saya habiskan masa selama sejam berada di Sephora untuk membeli barang. Saya telah membelanjakan hampir RM10,000 di Sephora.

"Mampus, tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Tetapi disebabkan dah sampai kaunter, tak boleh patah balik, kita terima sajalah," katanya.

Menurut Elfira, ada beberapa barang yang dibelinya adalah berdasarkan apa yang disarankan kepadannya dan ada juga yang dipesan oleh orang terdekat.

Antara beberapa barangan yang dibeli dengan harga yang agak tinggi antaranya, Natasha Denona Star Eyeshadow Palette RM690, Velour Silk Lashes + Starter Kit + Latex RM428, Kevyn Aucoin Highlighter RM500, Mixed Face Care Products RM400, dan Farsali Rose Gold Elixir + Unicorn Essence RM442.

"Kenapa aku shopping banyak sangat??? Tak nak dah beli make up," selorohnya di penghujung video.


Sementara itu netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai jumlah perbelanjaan pelakon berkenaan.

"Kalau ada duit, why not kan? Artis ini kadang-kadang gaji RM10K-RM20K ke atas. So setakat RM10K apalah sangat. Kalau kita duit banyak pun beli jelah, kan. Rezeki dia." - Dada Nawi

"Beza orang ada duit dengan orang tak ada duit. Dah beli campak-campak gitu macam tak bernilai saja semua itu. Kita beli foundation RM50 pun jaga macam minyak yang penuh tau." - Myra Nabilaa



"Kita masuk Watsons je. Expenses RM50 pun ternganga garu kepala. Hahaha." - Roziana Rifa'e

"Pengsanlah Sufian Suhaimi tu. RM10,000 untuk make up saja." - Kartini Bustamam

About Cite Malaya

Powered by Blogger.