Remaja Palestin Ni Dikawal 20 Askar Israel. Puncanya Buat Ramai GERAM | Saya Luv Islam – Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun jadi viral apabila gambarnya dikawal ketat oleh 20 askar Israel. Selepas buat siasatan, ini puncanya buat ramai geram. Allahu. Baca dan kongsikan.
HANYA SEBAB BALING BATU
Budak Palestin berusia 16 tahun, yang gambarnya menjadi tular bagi menunjukkan simbol kekejaman tentera rejim Zionis, didakwa di mahkamah atas tuduhan membaling batu ke arah sekumpulan askar Israel.
Imej Fawzi al-Junaidi, yang ditutup matanya dan dikelilingi oleh lebih 20 askar rejim Zionis serta dikecam seluruh dunia, menjadi tular dalam media sosial awal minggu ini.
Gambar itu menunjukkan Fawzi yang dalam kebingungan, memakai baju kelabu dan seluar jeans dikelilingi askar rejim Israel bersenjata dan memakai alat perlindungan.
ENAM TERBUNUH SEPANJANG MINGGU LALU
Fawzi menafikan membaling batu ke arah askar rejim, ditangkap Khamis lalu, ketika tunjuk perasaan berlaku di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza, membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam tempoh enam hari, leboh 50 warga Palestin ditangkap oleh rejim Israel kerana mengadakan tunjuk perasaan. Dalam temmpoh itu, sekurang-kurangnya enam terbunuh, termasuk dua pemuda anggota sayap bersenjata Brigade al-Quds, semalam, manakala lebih 700 lagi cedera.
Fawzi juga menafikan pembabitannya dalam tunjuk perasaan itu.
Peguamnya, Farah Baydsi berkata, Fawzi dalam ketakutan dan melarikan diri apabila rejim Israel melepaskan gas pemedih mata.
“Fawzi memberitahu dia dipukul menggunakan raifal dan menunjukkan kesan kecederaan di leher, dada dan bahagian belakang badan,” katanya sambil menambah kanak-kanak itu akan dihadapkan di mahkamah tentera, hari ini.
BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP
BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK
BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN
Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb
The post Remaja Palestin Ni Dikawal 20 Askar Israel. Puncanya Buat Ramai GERAM appeared first on SAYALUVISLAM.