Seorang gadis memuat naik tweet yang mengatakan ibunya telah memberi duit belanja RM100 hari ini, lalu mempersoalkan bagaimana dia nak hidup dengan jumlah wang yang kecil itu.
"My mom gave me RM100 for today. How I nak survive nii?" tweetnya dengan emoticon menunjukkan mukanya sedih.
Difahamkan, tweet berkenaan juga telah didelete, tetapi sempat dirakam dan disebarkan semula menyebabkan gadis itu dikecam hebat di media sosial.
Netizen menganggap gadis berkenaan tidak bersyukur, sedangkan angka RM100 itu cukup untuk seminggu jika gadis itu berbelanja dengan penuh berjimat cermat.
"Aku kalau purse tinggal RM1 pun aku dalam hati boleh kata, 'InshaAllah cukup ni' walaupun sebenarnya tak cukup. Sebab aku jenis tak pandai nak minta dengan orang biarpun orang itu ibu bapa aku." - Norizati Arpan
"Ada RM100 untuk seminggu pun dah terasa jadi anak orang kaya. Zaman sekolah ke, zaman uni ke, sama saja. Orang tak reti behave saja cakap tak cukup RM100 untuk seminggu. Melampau." - Yusmyzuraa
"Mak aku bagi RM100 pun, aku guna RM40 je untuk makan setiap minggu. Yang selebihnya aku simpan dalam bank. Takkan setiap kali mak bapak bagi duit, kita habiskan semua? Atleast time susah, tak perlu meminta pertolongan ibu bapa atau sesiapa sebab ada duit simpanan." - Fanvoys.
"ADA SAYA CAKAP SAYA TAK BERSYUKUR?"
Bukan sahaja 'diserang' netizen di Twitter, malah gadis itu turut diserang di Instagramnya. Kesal dengan tindakan netizen, gadis berkenaan menjawab beberapa komen netizen di ruangan komen.
"Jangan main terjah dan mencarut. Kalau tak suka, tak perlu nak bash, nak menghina, dan mencarut. Tak dapat apa-apa manfaat, malah mendapat dosa.
"Orang bersyukur and my statement suka hati orang nak buat apa. You have no right to control my life and I don't need your opinion.
"Ada saya cakap saya tak bersyukur? Doesn't mean saya tweet tak letak Alhamdulillah terus 'Oh tak reti bersyukur'. Change your mind set first okay," tulis.
Selain itu katanya, dia tidak dapat menerima tindakan netizen yang menegurnya secara terbuka sehingga menghina dan mengaibkan dirinya. Sedangkan netizen boleh saja menghubunginya secara tertutup (DM/PM) untuk menegur dengan beradab dan kena pada caranya.