Loading...
TR

'List perbelanjaan kahwin ni lebih seram dari Pengabdi Setan' - Netizen


Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik senarai semak perbelanjaan kahwin bagi pihak lelaki dan perempuan. Namun netizen terkejut melihat senarai semak yang panjang berjela itu. 

Bagi netizen, selain menganggap banyak pembaziran, ada banyak lagi perkara yang tidak diperlukan dalam senarai tersebut. 

"Ini dah grand sangat. Ala kadar pun dah okey, ikut kemampuan. Jangan ikut orang. Kalau mak pak kaya, bolehlah dapat sponsors," - Ezzanee Yazid 

"Tiba-tiba rasa miskin sangat nak kahwin," - Freya

"Banyak benda aku boleh jimatkan dari list ni. Thanks God duit lebih tu boleh beli barang keperluan rumah selepas dah berkahwin nanti.

"Tak naklah bebankan bakal suami aku sebab nanti selepas kahwin banyak benda yang dia kena tanggung. Lagi-lagi dapat aku yang kuat makan ini," - XMLNXMHMMD

"Live updates tu mengarut, buang duit," - Zulhimi Omar

"Melayu punya list. Kalau Islam punya list, just pakai lima rukun nikah, settle," - Hidirnomuhi




"Kalau family aku memang tak buatlah camni. Kita ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau mampu, itu hak dia. Tapi kalau tak mampu, tapi berhutang dan menyusahkan diri dan parents, tak payalah. Jangan fikir seronok jangka masa singkat, biar fikir panjang sampai hari tua sikit.

"Ini cuma pendapat aku (dengan keadaan ekonomi sekarang better janganlah). Tapi kalau memang kayalah, setakat kenduri kahwin mewah ini celah gigi ikut dialah kan. Kalau setakat pakai kereta hutang, rumah sewa atau hutang yang sedia ada tak habis bayar lagi, jangan buat kerja tak berfeadah ini," - Zafirah

"I'm just going to hire a wedding planner and my wedding sekali sahaja. Tak ada sebelah lelaki atau perempuan. Just combine kedua-dua belah pihak in one event. Bukan kedekut tetapi aku tak nak bersanding dua kali. Di samping itu kira jimatlah juga kan," - Nina.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.