Loading...
SIL

Lama Menghilang. Mufti WP Umum “SESUATU” Tentang Raja Bomoh Buat Ramai GEMBIRA

Lama Menghilang. Mufti WP Umum “SESUATU” Tentang Raja Bomoh Buat Ramai GEMBIRA | Saya Luv Islam – Raja Bomoh pernah gemparkan negara dengan sikap “pelik” dan “syirik” yang melampaunya. Lepas lama menghilang, akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri umum “sesuatu” yang buat ramai gembira…

AKHIRNYA SELESAI KURSUS FARDU AIN

Ibrahim Mat Zin yang dulunya terkenal dengan gelaran ‘Raja Bomoh’, selesai menjalani kelas fardu ain dikendalikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Ibrahim menamatkan kelasnya dengan memperoleh ilmu dan pengalaman mengenai asas al-Quran, akidah, fiqah dan akhlak, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Malah, katanya, usaha Ibrahim untuk hadir kelas tersebut secara konsisten sepanjang tempoh enam bulan wajar dipuji walaupun kadangkala beliau kurang sihat.

RAJA BOMOH BERTAUBAT. AMAL ISLAM SEBENAR

“Apa yang paling penting, beliau berjanji untuk menjadikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai rujukan utamanya dalam hal-hal berkaitan keagamaan.

“Diharapkan masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk terus berubah,” katanya.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Disember lalu, hakim memutuskan bahawa Ibrahim masih perlu hadir di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebulan sekali untuk memberi laporan berkaitan ilmunya bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

“Mahkamah turut memberi amaran terakhir kepada tertuduh. Jika tertuduh masih melakukan apa-apa ritual yang bersalahan dengan syarak, mahkamah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman dua tahun penjara kepada beliau,” katanya.

Ibrahim sebelum ini giat dalam amalan perbomohan di beberapa tempat dan akhirnya ditangkap polis di sebuah hotel Segamat, Johor, pada 21 April lalu.

Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb

The post Lama Menghilang. Mufti WP Umum “SESUATU” Tentang Raja Bomoh Buat Ramai GEMBIRA appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.