Loading...
BM

Kota Mewah 1,700 Tahun Timbul Semula. Saintis Temui ‘Sesuatu’ Yg MENGEJUTKAN !!!

Kota Mewah 1,700 Tahun Timbul Semula. Saintis Temui ‘Sesuatu’ Yg MENGEJUTKAN !!! | BISKUT MANIS – Kota purba Baiae di Rom seringkali disamakan dengan Las Vegas kerana pernah menjadi kawasan yang terkenal dan diduduki oleh golongan elit serta maharaja.

Akan tetapi sekitar 1,700 tahun yang lalu, kota agung ini mula lenyap dimamah bumi setelah dibedil dengan bencana alam semulajadi sekali gus membuatkannya hilang ditelan lautan.

Beberapa ribu tahun kemudian, sekumpulan pasukan ekspedisi berjaya menemui tapak asal kota ini yang masih memiliki beberapa ukiran patung serta mozek yang berwarna-warni dan masih terpelihara.

Pen News/Antonio Busiello

Seorang jurugambar dari Itali iaitu Antonio Busiello memutuskan untuk merakamkan beberapa imej mengagumkan berkenaan kota purba bersejarah itu sekali gus memperlihatkan kepada masyarakat tentang rupa sebenar kota purba Rom yang mewah ini pada satu masa dahulu.

Pen News/Antonio Busiello

Kota Baiae ditemui di Teluk Naples, Itali dan dilaporkan seringkali dikunjungi oleh golongan atasan seperti Julius Caesar, Nero, Pompey the Great, Marius dan Hadrian.

Pen News/Antonio Busiello

Akan tetapi, aktiviti gunung berapi yang berlaku di dasar laut kota ini telah menyebabkan ianya lenyap.

Pen News/Antonio Busiello

Setelah ditemui, para saintis mula membuat penyelidikan mengenai kota ini dan mendapati perumahannya dibina daripada batu marmar putih yang halus.

Pen News/Antonio Busiello

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di selatan Naples pada tahun 2014 sedikit sebanyak telah mendedahkan sebahagian besar kota Baiae.

Pen News/Antonio Busiello

Pen News/Antonio Busiello

Menurut Busiello, 45 tahun, menyelam di sekitar tapak kota Baiae ini boleh dikatakan seperti ‘menyelam ke dalam sejarah’.

Pen News/Antonio Busiello

“Mozek yang cantik dan perumahan serta kuil menunjukkan kekayaan dan kemewahan kawasan ini. Ia dikategorikan sebagai salah sebuah bandar Roman yang paling penting selama berabad”.

Pen News/Antonio Busiello

“Pliny juga pernah menetap di sini dan beliau telah menyaksikan serta menggambarkan letusan Gunung Vesuvius yang memusnahkan Pompeii dan Herculaneum”.

Pen News/Antonio Busiello

Memandangkan bekas kota bersejarah ini tidak disentuh oleh mana-mana manusia, ia secara tidak langsung menjadi santuari bagi hidupan laut di situ.

Pen News/Antonio Busiello

Gambar di bawah menunjukkan corak mozek yang sangat menarik dan luar biasa.

Pen News/Antonio Busiello

Berikutan penemuan bandar tenggelam ini, para saintis dari Universiti Calabria dan penyelidik dari Sepanyol, Mónica Alvarez de Buergo telah bekerjasama untuk menganalisis salah satu elemen penting dan bernilai dalam pembinaan rumah di Baiea iaitu marmar putih.

Hasil kajian diterbitkan di dalam jurnal Sains Permukaan Gunaan dan disahkan bahawa marmar ini berasal dari kawasan kuari yang terletak di Itali, Turki dan juga Greece.

Tonton video mengagumkan di bawah untuk melihat sendiri pengalaman para penyelam menjelajahi kota Baiae.

Sumber : Elite Readers Via Era Baru

The post Kota Mewah 1,700 Tahun Timbul Semula. Saintis Temui ‘Sesuatu’ Yg MENGEJUTKAN !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.