Loading...
BM

Kisah Sedih Kanak-Kanak 8 Tahun Di Halau Penduduk Kampung, Puncanya MENYEDIHKAN !!!

Kisah Sedih Kanak-Kanak 8 Tahun Di Halau Penduduk Kampung, Puncanya MENYEDIHKAN !!! | BISKUT MANIS – Sebagai seorang kanak-kanak, kasih sayang yang ikhlas dari orang tua dan orang-orang sekitar merupakan salah satu penyemangat baginya.

Kasih sayang juga boleh membantu kemajuan pembesaran kanak-kanak. Tetapi, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari Sichuan terpaksa merasakan kepedihan mendalam di usianya yang masih sangat muda.

Kisah kanak-kanak yang bernama Young Kun Kun tersebut telah menarik perhatian media di seluruh dunia. Kerana, di usia yang begitu muda tersebut telah diusir oleh penduduk desa ditempat tinggalnya.

Pekara ini berlaku pada Disember tahun lalu. Seramai 203 penduduk desa di Xichong, Sichuan datang membawa sebuah petisyen untuk mengusir Kun Kun kerana beliau menderita penyakit HIV. Dipetik dari laman web tempatan, Kun Kun mengidap HIV selepas ia mendapat penyakit berbahaya ini dari ibunya.

Warga desa menganggap bahawa penyakit yang dideritai oleh Kun Kun boleh menular kepada penduduk desa yang lain. Kerana tidak mahu pekara ini berlaku, semua warga desa memutuskan untuk mengusir kanak-kanak tersebut. Perbuatan dan sikap penduduk desa tersebut, menarik perhatian wartawan di China. Kejadian seperti ini sepatutnya tidak belaku, orang ramai dan wartawan menuntut agar Kun Kun boleh mendapatkan layanan yang sama seperti kanak-kanak lain.

Pada awal mac 2015 lalu, kanak-kanak tersebut telah ditempatkan di sebuah sekolah khas “Linfen Red Ribbon School di Shanxi, China” untuk kanak-kanak yang mengidap HIV atau AIDS . Sejak berada di sekolah ini, Kun Kun mula mendapat rawatan dan layanan yang lebih baik. Beliau menunjukkan kemajuan yang membanggakan.

Kadang kala kanak-kanak ini sesekali kelihatan menangis bersendirian, walau pun begitu beliau adalah kanak-kanak yang ramah, sopan serta sayang terhadap orang-orang di sekitarnya. Beliau adalah kanak-kanak yang pantang menyerah dan selalu sabar.

Menurut pengetua sekolah, Xiaoping, Keadaan fizikal Kun Kun jauh berbeza dari pelajar lain, seolah-olah ia masih terluka dan trauma dengan layanan warga desa di tempat tinggalnya. Ia masih malu-malu untuk bermain dan berkumpul dengan rakan-rakan seusianya.

“Ketika mula-mula datang, Kun Kun merupakan anak yang sukar diarahkan, lebih suka menyendiri dan sangat pendiam. Pernah bergaduh dengan rakan sebiliknya, namun kini beliau banyak berubah. Kami akan terus berusaha membuat yang terbaik untuk beliau “jelas pengetua sekolah.

Kredit : DairiShare

The post Kisah Sedih Kanak-Kanak 8 Tahun Di Halau Penduduk Kampung, Puncanya MENYEDIHKAN !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.