Loading...
BM

Isu Baitulmaqdis. 1,300 Cedera, Ini Tindakan BALAS Hamas Buat Israel CUAK !!!

Isu Baitulmaqdis. 1,300 Cedera, Ini Tindakan BALAS Hamas Buat Israel CUAK !!! | BISKUT MANIS – Sejak pengisyhtiharan kontroversi dibuat Donald Trump, Rejim Zionis terus mengganas melakukan pembantaian terhadap rakyat Palestin. Akibat dari itu 1,300 rakyat Palestin telah…

Lebih 1,300 orang cedera dan empat terbunuh susulan bantahan pengisytiharan haram Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Bantahan Oleh Rakyat Palestin

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi berkata, di Semenanjung Gaza, rakyat Palestin menganjurkan bantahan sebaik pengisytiharan Rabu lalu sehingga berlaku ketegangan.

“Ada yang menaiki kenderaan menuju ke zon penampan iaitu kawasan antara Semenanjung Gaza dan sempadan dikuasai Israel, sehingga membawa kepada pertempuran.

Israel Guna Jet Sasar semenanjung Gaza

“Pada keesokan hari, jet Israel mensasarkan beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan tiga rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 30 yang lain.

“Sehingga kini di wilayah itu sahaja, empat terbunuh dengan lebih 200 rakyat Palestin cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, rakyat Palestin menyuarakan kemarahan mereka sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa dan berarak ke tempat pemeriksaan dikuasai rejim Zionis.

Rejim Zionis Mula Serang Penunjuk Perasaan

Susulan itu, rejim Yahudi mengerahkan tenteranya ke seluruh Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta mula mengganggu serta menyerang penunjuk perasaan secara ganas dengan menembak peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

“Jumlah kecederaan di seluruh tempat sehingga kini sudah melebihi 1,300 orang termasuk di Semenanjung Gaza selepas rakyat menunjukkan kemarahan mereka terhadap tindakan Trump.

“Hamas kemudian menyeru kepada Intifada atau pemberontakan terhadap keputusan ini yang dinamakan sebagai “Al-Quds Intifada”,” katanya.

Hamza berkata, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam ucapannya sebelum ini berkata, tindakan Trump itu telah membunuh operasi damai di Timur Tengah.

Semenanjung Gaza dibedil Israel

Tentera Israel terus mengganas dengan bertindak membedil Semenanjung Gaza menggunakan kereta perisai dan pesawat.

Serangan itu dikatakan susulan tembakan roket yang dilancarkan ke arah mereka di selatan negara itu oleh Palestin, semalam.

Dilaporkan sekurang-kurangnya dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza, dengan satu daripadanya dapat dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Dome milik tentera Israel.

Sasar Peluru Ke Lokasi Hamas

Dipetik kenyataan dari tentera rejim Zionis, serangan menggunakan sebuah kereta perisai dan pasukan tentera udara Israel telah disasarkan kepada lokasi tentera Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Namun perkembangan terkini mengatakan tiada sebarang maklumat diterima mengenai jumlah kematian atau kecederaan di lokasi serangan setakat ini.

Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conricus berkata, kereta perisai Israel membedil lokasi tentera Hamas di Gaza selepas memintas roket kedua yang dilancarkan pergerakan itu.

Penduduk Gaza berkata, serangan itu berlaku di bahagian utara penempatan rakyat Palestin.

Untuk rekod, ini adalah tembakan roket pertama dilancarkan sejak petang Jumaat lalu yang mencetuskan serangan berterusan Israel selama dua malam berturut-turut, mengakibatkan dua anggota pergerakan Hamas terbunuh.

SumberMyMetro  & MalaysiaGazette

The post Isu Baitulmaqdis. 1,300 Cedera, Ini Tindakan BALAS Hamas Buat Israel CUAK !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.