Ramai pasangan yang bila bertengkar, masing-masing enggan mengalah, apatah lagi cuba memahami. Ini menyebabkan pertengkaran itu menjadi semakin teruk dan akhirnya masing-masing tidak bercakap selama beberapa hari.
Menurut Puan Safura Ahmad Sharkawi, keadaan itu boleh diatasi sekiranya si suami cuba memahami isteri dan tidak memberikan alasan atau penjelasan ketika isteri sedang stress atau marah. Semoga perkongsian dari Puan Safura ini memberi manfaat kepada semua.
APABILA tahap stress isteri sudah melepasi paras hidung atau paras bahaya, dia akan kelihatan sangat mementingkan diri, berkira, mengungkit dan sebagainya. Suami juga akan dilihat tidak berguna, langsung tiada kebaikan dan pukul rata tak pernah ada kebaikan.
Jika isteri masih sedia bertengkar mulut ataupun bertengkar di WhatsApp, itu bererti dia masih mahu berkomunikasi. Jangan beri penjelasan atau beri alasan kenapa dia tidak boleh berperasaan begitu begini.
Bila dia mengungkit satu-satu kejadian yang berbaur menyalahkan anda, tak perlu perjelaskan kenapa anda buat begitu begini kerana ia tidak berkesan pada aras ini.
Wanita yang sedang marah perlu 'validation', 'acknowledgement' terhadap apa yang dirasa. Memberi penjelasan sama seperti anda menafikan apa yang dirasa.
Follow the flow. Empati, ungkapkan pemahaman anda terhadap perasaannya, diselang-seli dengan pemahaman anda terhadap apa yang dimaksudkannya.
- "Saya faham awak marah"
- "Saya sedar awak tak suka dengan apa yang telah saya lakukan"
- "Saya tahu awak mahu yang terbaik"
- "Saya dapat rasakan kekecewaan awak"
Secara asasnya, kaum wanita suka dirinya difahami. Sesiapa yang terperangkap dengan krisis seperti ini, cubalah salah tips ini. Biasanya saya tak bagi tips banyak-banyak kepada klien. Nanti tak buat, datang balik saya pula yang naik hantu.
#kaunselingSAS
Sumber: Puan Safura Ahmad Sharkawi