Loading...
TR

Pelajar dipukul, ditarik dan ditendang guru


Viral di media sosial video seorang guru lelaki memukul pelajar bertubi-tubi tanpa belas kasihan, mencetuskan tanda tanya netizen apa sebenarnya yang berlaku? 

Video berdurasi 37 saat itu menunjukkan lelaki berkemeja coklat muda dipercayai guru masuk ke dalam kelas tersebut lalu memukul mangsa bertubi-tubi. Mangsa yang tak berdaya melakukan apa-apa hanya mampu menahan pukul guru terbabit dengan tangan. 

Kelihatan seorang lelaki berbaju unggu dipercayai guru yang sedang mengajar kelas tersebut kemudian datang meredakan keadaan. Malangnya guru berkenaan juga turut ditolak ke bahagian penjuru bilik tersebut sebelum dipukul lelaki terbabit. 

Lelaki itu kemudian kembali mendapatkan mangsa dan menariknya keluar dari tempat duduk dan menendang perut mangsa dengan lututnya berkali-kali. 

Mangsa cuba melarikan diri, tetapi gagal berbuat demikian apabila lelaki itu menarik bajunya dan memukulnya. 

Mangsa akhirnya berjaya melarikan diri keluar dari kelas dan lelaki terbabit juga turut mengejarnya. 


Ketika kejadian, rakan-rakan mangsa tidak terdaya menghulurkan bantuan kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka. 

Menurut sumber tidak rasmi, kejadian berlaku di negara jiran, Indonesia. Guru lelaki terbabit dipercayai berang dengan tindakan mangsa yang bercinta dan merosakkan masa depan anak perempuannya, lalu dia datang ke kelas itu dan menyerang mangsa. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.