Loading...
TR

Bayar RM2,000 tukar warna kereta, hasil indah khabar dari rupa


Kiriman: Abdul Latif Hamid

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Saya nak minta viralkan satu kedai spray. Bulan lepas saya buat pengubahsuaian pada warna kereta saya kepada warna merah Jazz di sebuah kedai bertempat di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai, Johor. 

Kos tukar warna merah solid 2k harga RM2,000. Saya tak ada paksa pemilik kedai ini untuk siapkan kereta cepat sebab dia sudah berjanji yang kereta akan siap dalam tempoh dua minggu. Jadi saya pun okay. 

Seminggu selepas itu, dia mesej saya dan kata kereta sudah siap. Saya pergi ambil kereta pada waktu malam, jadi saya tidak dapat buat full inspection pada kereta saya. Tetapi rupa-rupanya kereta saya telah diserahkan kepada orang bawah pemilik kedai itu, yang namanya saya tidak ketahui. 

Pada siang keesokkan harinya, saya dan beberapa orang rakan saya membuat inspection pada kereta. Banyak masalah seperti: 
  1. cat berpasir di banyak tempat iaitu semua frame pintu dan wing spoiler, 
  2. tak rata, 
  3. cat nipis, 
  4. leaquour tak rata dan meleleh,
  5. kereta tak kemas, 
  6. sport rim pun kena sembur, 
  7. getah pisang pun kena sembur, 
  8. cat spoiler tak menjadi, 
  9. kereta kotor, 
  10. penutup tangki bahagian dalam tak disembur dan masih kekal pada warna asal, 
  11. engine bay kotor, 
  12. ada body part yang tak kena cat, 
  13. moulding bumbung rosak (bila hujan, air masuk dalam kereta). 

Empat hari selepas kereta siap, saya terus pergi berjumpa dengan pemilik kedai itu untuk meminta dia selesaikan kerja-kerja yang tidak kemas seperti cat yang tak rata, leaqour meleleh apa semua. Tetapi dia meminta saya menggunakan kereta itu dalma masa sebulan, baru boleh repeat. Saya pun okay. 

Dua minggu selepas itu, satu benda yang membuatkan saya bengang, cat bumper depan terkopek. Padahal baru dua minggu saya ambil kereta dan baru 3/4 kali bawa kereta keluar jalan. Itu pun saya memandu dengan cermat dan tak follow rapat belakang kereta lain. Dari situ boleh nampak cat nipis. 

Untuk makluman, masa mula-mula dia deal buat kereta saya, dia kata cat tebal, leaquour tebal. Tapi yang kelakarnya bila saya minta ganti rugi, dia tak nak reply. Jadi saya viralkan saja. 

Rujuk gambar dan korang boleh nilaikan sendiri. Siapa yang nak repeat datang kedai banyak kali, kemudian hasil kerja tidak berbaloi dengan apa yang dibayar. Lebih baik cat sendiri kalau begini hasilnya. Banyak lagi masalah yang timbul pada kereta saya tetapi malas nak ambil gambar setiapo sudut.















About Cite Malaya

Powered by Blogger.