Loading...
sk

Cuai Kerana Tinggalkan Anak 5 Tahun Seorang Diri Di Rumah. Apa Yang Jadi Lepas Tu Buat Ibu Ayah MENYESAL TAK SUDAH !!!

Cuai Kerana Tinggalkan Anak 5 Tahun Seorang Diri Di Rumah. Apa Yang Jadi Lepas Tu Buat Ibu Ayah MENYESAL TAK SUDAH !!!| PASANGAN suami isteri terkejut besar apabila mendapati anak mereka berusia lima tahun mengoyak wang kertas bernilai 50,000 yuan (RM31,173) selepas meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri di rumah di Qingdao, China.

Sekadar gambar hiasan

Dalam kejadian 20 Mei lalu, People’s Daily Online melaporkan bapa kanak-kanak itu membawa wang kertas yang dikoyak itu ke bank untuk menukar dengan not baru namun diberitahu dia perlu menyambung not terbabit sebelum boleh ditukar. Menurut laporan itu, kanak-kanak berkenaan menemui wang kertas berkenaan dalam rumah dan ketika bermain, mengoyak not terbabit menjadi cebisan kecil.

Bapanya yang dikenali sebagai Gao adalah peniaga dan wang berkenaan adalah pinjaman daripada bank. Menurutnya, banyak not terbabit dikoyak menjadi cebisan kecil menyebabkan sukar untuk disambung. “Saya sudah berusaha menyambung selama dua hari, hanya berjaya menyambung beberapa keping. Sebahagian besar wang itu dikoyak kepada tiga cebisan, ada yang sampai belasan cebisan,” katanya.

Sumber: HarianMetro

The post Cuai Kerana Tinggalkan Anak 5 Tahun Seorang Diri Di Rumah. Apa Yang Jadi Lepas Tu Buat Ibu Ayah MENYESAL TAK SUDAH !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.