VIRAL Video Serang Gadis Cantik Menari Gelek Dalam Masjid Sambil Menunjukkan Isyarat… !!!| Semakin hari semakin biadab perangai sesetengah golongan manusia di zaman sekarang. Kes-kes seperti menghina agama, mempermainkan hukum-hakam dan tidak menghormati tempat beribadah bukanlah sekali dua terjadi terutamanya di negara kita.
Terbaru, sebuah lagi video mencemari tempat beribadah mula tular di media sosial. Rakaman video selama sebelas saat itu memaparkan aksi seorang wanita berhijab sedang menari gelek di dalam sebuah masjid. Wanita itu juga sempat menunjukkan isyarat lucah di akhir video dengan mengangkat jari tengah.
Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata marah dan menguruk keras tindakan “gila” wanita berkenaan. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya dan tidak kurang juga mempersoalkan secara sinis adakah wanita itu Orang Kurang Upaya (OKU). Setakat ini, lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan sama ada berlaku di negara kita atau di negara seberang.-KakiShare
The post VIRAL Video Serang Gadis Cantik Menari Gelek Dalam Masjid Sambil Menunjukkan Isyarat… !!! appeared first on SIAKAP KELL.