Loading...
kisahbenar

Video Remaja 12 Tahun Nekad Menggantung Diri Tersebar Luas Di Laman Sosial. Puncanya ialah.. !!!

Video Remaja 12 Tahun Menggantung Diri Tersebar Luas Di Laman Sosial. Puncanya ialah.. !!!| AMERIKA SYARIKAT: Setelah mendakwa dia didera secara fizikal dan seksual oleh saudaranya, seorang remaja 12 tahun kemudian menggantung dirinya di taman belakang rumahnya. Video ngeri seorang gadis itu menggantung dirinya kini tersebar luas di media sosial.

Video tersebut kini dimainkan di laman-laman Facebook dan laman web lain, dan pihak polis menyatakan ia tidak mempunyai kuasa untuk menghentikannya, lapor laman The Sun. Rakaman video menunjukkan Katelyn Nicole Davis, seorang pelajar di Cedartown Middle School di Polk County, Georgia, menyiarkan video itu di media sosial pada 30 Disember lalu tetapi ia sudahpun dihapus.

Bagaimanapun ia kemudian muncul semula dan disiarkan di laman web lain termasuk Facebook. Menurut laporan, video 20 minit itu difilem di belakang rumah beliau dan kedengaran seperti suara wanita memanggil namanya dari jauh. Jabatan polis Polk County menerima beberapa permintaan daripada orang ramai agar video tersebut diturunkan.

Ketua polis Kenny Dodd memberitahu berita Fox5 bahawa dia dihubungi mengenai video itu dari seorang pegawai di California yang melihat video itu pada malam kematian Katelyn, menurut The Sun. Beliau berkata polis sudahpun menghubungi beberapa tempat dan menyeru mereka untuk menurunkan tetapi mereka enggan.

Menurut CoosaValleyNews, satu siasatan polis sudah dilancarkan, tiga hari sebelum kematiannya mengenai tuduhan penderaan secara seksual. Detektif kini sedang berusaha untuk mendapatkan waran supaya mereka boleh mengakses telefon dan media sosial Katelyn, lapor The Sun. Ini bukan pertama kali peristiwa ngeri dimainkan menerusi perkhidmatan siaran langsung.

Sumber:Berita.Mediacorp

The post Video Remaja 12 Tahun Nekad Menggantung Diri Tersebar Luas Di Laman Sosial. Puncanya ialah.. !!! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.