Satu sesi temuramah antara Professor Robert E Kelly dan BBC menjadi sensasi antarabangsa apabila bilik temuramah itu ‘dijenguk’ oleh dua anaknya yang dengan selamba masuk ke bilik tersebut.
Robert kelihatan sedikit kekok memberi penjelasan profesionalnya apabila anak perempuannya yang berbaju kuning masuk dengan perasaan yang sangat riang.
Tapi itu bukan penghujung kisah lucu itu.
Secara tiba-tiba, satu lagi kelibat kecil menjengah di pintu. Bergerak menggunakan kerusi bayi, kelibat itu juga dilihat mahu turut sama memberi ‘pandangan’ mengenai isu Korea Utara dan Korea Selatan yang sedang dibincangkan oleh bapanya.
“Saya rasa, salah seorang anak kamu baru masuk ke dalam,” kata penemuramah BBC kepada Robert.
“Maafkan saya,” kata Robert berulang kali.
Selepas itu, seorang wanita yang dipercayai isteri atau pembantu rumah datang mengambil kanak-kanak itu dalam keadaan gelabah.
This BBC interview is amazing. Just wait until the mum rushes in…
http://pic.twitter.com/LGw1ACR9rg
— JOE.co.uk (@JOE_co_uk) March 10, 2017
The post Temuramah BBC Bertukar Lucu, Dua Anak Masuk Mengacau appeared first on The Coverage Edisi BM.