“Saya Dah Hampir Kehilangan Baby Saya Smalam, Muka Dia Dah Biru, Nasib Baiklah…” !!!| Guys, I almost lost my 9 month daughter, Janna, semalam. Janna tiba-tiba menangis di bilik bermain dengan Yaya. Bila saya masuk bilik, Janna meniarap di lantai tak bergerak. Saya terbalikkan dia, tengok dah biru. First came into my mind was CPR. So buatlah CPR, tetapi masih tak sedar. menyebabkan saya menjadi panik.
Saya angkat Janna, tepuk belakang Janna. Masih tidak sedarkan diri. Masa ini saya dah mula menangis. Sambil cuba membangunkan Janna, saya menjerit-jerit memanggil bibik. Bibik baru habis solat Isyak terus berlari dari biliknya. Janna dipeluk dan didukung sambil ditepukkan lagi di belakangnya. Saya masa itu sudah terduduk menangis, tidak mampu berbuat apa-apa.
Tiba-tiba saya terdengar Janna terbatuk dan menangis. Ya Allah, betul-betul saya ingat Janna sudah tiada. Bila jumpa doktor di hospital, doktor jelaskan tiada apa-apa yang serius berlaku. Katanya ini Breath-olding Spell. Hilang nafas sekejap, kemudian akan pulih semula. Di kepala saya ini, ingatkan Janna mengalami sawan tarik sebab Janna baru baik dari demam panas. Rupa-rupanya bukan. Saya jelaskan apa saya buat di rumah bila Janna tiba-tiba pengsan.
“Memang CPR dan tepuk belakang itu yang membantu. CPR untuk bekalkan oksigen ke badan. Paling penting, otak. Kalau tak buat dalam masa lima minit selepas kejadian, baby boleh jadi ‘sudah tiada’. Jadi semalam, CPR tak jalan, kena usaha tepuk-tepuk atau kejutkan baby sampai terbangun,” jelas doktor.
Ini semua berlaku dalam masa dua minit sahaja. Tolong, tolong belajar CPR. Saya buat CPR cara yang salah. Sepatutnya untuk baby, kena pastikan mulut kita, cover mulut dan hidung baby. Kemudian dihembus sekali. I’m just a lucky mother semalam. I thought I had lost her. Hari ini saya peluk Janna itu dengan pelukan luar biasa.
Guys, belajarlah CPR for kids and make sure ada phone number Careline. Setiap hospital ada nombor careline mereka sendiri. Kes-kes seperti pengsan ini, kalau tunggu ambulans semalam, nauzubillah. Dengan call talian careline ini, jururawat yang ada di talian akan membantu bagaimana mahu menghadapi kes-kes seumpama ini. Ini baru kali pertama saya tahu adanya perkhidmatan seperti ini.
Hanya dengan rakan terdekat saya kongsi tentang kejadian ini malam tadi. But I feel want to extend it to everyone of you because this is real. Hanya sebab menangis sahaja, boleh pengsan atua berhenti bernafas! Saya baru tahu ada sakit seperti ini.
Semenjak Janna jadi begini, doktor nasihatkan kalau anak menangis, cepat pujuk dan tenangkan dia segera. Itu saja cara mengatasinya buat masa ini. Tambah doktor lagi, kalau sekali dah pernah berlaku, ia boleh berlaku lagi. Saya masih trauma. Mohon anak-anak kita sentiasa dilindungi olehNya. Amin.
Sumber-BeritaSini
The post “Saya Dah Hampir Kehilangan Baby Saya Smalam, Muka Dia Dah Biru, Nasib Baiklah…” !!! appeared first on SIAKAP KELL.