Loading...
TC

Panasonic Lancar Mesin Basuh Dengan ‘Mod Kari’

Kesan kari memang terkenal dengan kedegilan untuk dibersihkan dari pakaian. Kombinasi minyak dan rempah ratus itu boleh merosakkan pakaian dalam sekelip mata.

Mengolah dari laman Independent, Panasonic telah memperkenalkan mesin basuh baharu untuk market India dengan mod istimewa – iaitu mod kari untuk mengekang masalah itu.

Syarikat dari Jepun itu memperkenalkan butang kari itu selepas aduan dari pelanggan yang berkata mereka tidak boleh membuang kesan itu dari pakaian mereka dengan mesin sedia ada.

Disebabkan itu, pakar syarikat berkenaan telah bekerja menganalisis bahan-bahan kari yang digunakan oleh kebanyakan isi rumah di India. Pengujian kombinasi suhu air dan pengaliran selama dua tahun, menyempurnakan tetapan untuk melawan kesan degil itu.

Mesin terbaru yang bernama StainMaster itu juga mempunyai lima cycles lain khusus untuk pengguna India termasuk ‘daily saree’ dan ‘collar/cuf’, kata syarikat berkenaan. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada ciri sama akan dilancarkan di negara lain.

Menurut BBC, syarikat itu telah menjual lebih kurang 5,000 StainMasters setakat ini dan menyasarkan untuk menjual 30,000 unit setakat Mac 2018.

The post Panasonic Lancar Mesin Basuh Dengan ‘Mod Kari’ appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.