Loading...
TC

Noniswara Bagi Anak Hadiah Mini Cooper Dapat Keputusan 9A SPM

Erysha, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki mendapat keputusan cemerlang itu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam.

Sementara itu, Noniswara atau lebih mesra dipanggil Nonis, 48, mengakui selaku ibu, dia berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu, lapor BH Online.

“Alhamdulillah, semestinya sebagai ibu, saya berbangga, sebak dan gembira. Tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan ini melihatkan kejayaan seorang anak.

“Erysha anak yang berdisiplin dalam akademik. Saya tidak perlu bersusah payah hendak memaksanya, sebaliknya dia sendiri tahu apa yang perlu dibuat. Jujurnya, bukan dia seorang saja, anak-anak saya yang lain juga begitu,” katanya.

Menurut Nonis lagi, atas pencapaian cemerlang itu, Erysha bakal menerima hadiah sebuah kereta Mini Cooper.

“Setakat ini, Daddy dia yang sudah berjanji untuk membelikan kereta Mini Cooper untuk Erysha jika dia cemerlang dalam SPM.

“Cuma, setakat ini dia belum lagi meminta apa-apa hadiah daripada saya,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, Erysha dijangka bakal mengambil bidang perakaunan.

The post Noniswara Bagi Anak Hadiah Mini Cooper Dapat Keputusan 9A SPM appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.