Kanak² Ini Baru Berusia 7 Tahun Tetapi Sudah Ada Syarikat Dan Wang Simpanan RM 45 000 !!! | Seorang budak lelaki berusia 7 tahun menunjukkan bahawa tidak ada istilah ‘terlalu awal’ untuk mula mengamalkan aktiviti kitar semula.
Ketika dia berumur tiga tahun, Ryan Hickman melawat sebuah pusat kitar semula di daerah Orange County, Amerika Syarikat, dengan ayahnya.
Pengalaman tersebut telah menggerakkan hatinya untuk mula mengumpul bahan kitar semula di kawasan kejiranannya pada keesokan hari.
Maka bermulalah penubuhan syarikat Ryan’s Recycling Company dimana Ryan telah mengitar semula lebih 200,000 biji botol dan tin, dalam masa yang sama dia mula menyimpan ribuan dollar dalam akaun simpanannya.
Ryan kemudiannya meminta izin ibu bapanya sekiranya dia dibenarkan mengedar beg plastik kosong kepada jiran-jirannya untuk diisikan dengan tin dan botol untuk dikitar semula.
Jiran-jirannya sangat gembira untuk memberikan kerjasama – begitu juga rakan-rakannya, rakan sekerja ibu bapanya, dan ahli keluarganya yang lain.
Lebih kurang empat tahun selepas itu, Ryan dikatakan telah mengitar semula lebih daripada 22,000 kg sampah untuk penduduk di wilayah Orange County.
Laman webnya melaporkan bahawa setiap minggu Ryan akan mengisih dan membersihkan botol plastik atau kaca serta tin aluminium sebelum dibawa ke pusat mengitar semula dengan bantuan ahli keluarganya.
Ryan telah menyimpan lebih $10,000 (RM44,465) untuk pengajiannya di kolej (walaupun laman webnya melaporkan wang tersebut sebenarnya disimpan untuk membeli trak pengangkut sampah). Dia juga telah mengumpulkan sebanyak $1 624 (RM7 221.12) untuk didermakan kepada pertubuhan amal.
Budak lelaki berusia 7 tahun ini memberitahu akhbar The Capistrano Dispatch bahawa orang ramai harus mula mengitar semula sebagai satu cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan kerana aktiviti ini “membantu alam sekitar.” Burung mungkin akan termakan bahan buangan yang merbahaya yang boleh menyebabkan haiwan tersebut “sakit dan mati,” katanya.
Menurut ibunya, “dia sangat bersemangat tentang projek ini dan dia juga mahukan orang ramai turut bersemangat tentangnya. Saya fikir minat dan semangatnya sudah berjangkit kepada kami semua. Apabila saya terjumpa tin di lantai, saya akan mula memungutnya sekarang, daripada membiarkannya.”
Sumber : Era Baru
P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!
The post Kanak² Ini Baru Berusia 7 Tahun Tetapi Sudah Ada Syarikat Dan Wang Simpanan RM 45 000 !!! appeared first on HARIAN METRONI.