Air Berais Punca Perut BUNCIT. Doktor Ini Tampil Jelaskan Perkara SEBENAR Yang Ramai Salah Faham !!! | AIS terbentuk apabila air mencapai tahap suhu 0 darjah celcius. Ais adalah kristal lembut dan rapu yang boleh kelihatan lutsinar atau warna jernih kebiruputihan, bergantung kepada wujudnya unsur seperti udara. Penambahan bahan lain seperti tanah mungkin akan mengubah penampilannya.
BIASA kita dengar, ais menyebabkan perut buncit, tetapi sejauh manakah kebenarannya? Doktor Khairul Hafidz dari MedTweetMY telah menjelaskan secara saintifik tentang perkara ini sekali gus menolak pelbagai mitos yang tersebar berkenaan isu ini.
“Suhu normal badan manusia ialah 37 darjah celcius dan mekanisme dalam badan akan mengekalkan suhu tersebut. Ini bermakna air sejuk atau ais yang diminum akan turut berada di suhu yang sama.
“Apabila ais masuk ke dalam mulut, ais akan berubah jadi air kerana suhu ais akan terus berubah.
“Teras suhu badan manusia 37 darjah celcius, ini merupakan thermoregulasi badan, badan akan bekerja maksimum apabila berada dalam suhu ini,” katanya.
Jelasnya, ais atau air sejuk yang masuk ke dalam badan menyebabkan suhunya akan turun menjadi sama dengan suhu badan, kerana badan sentiasa kekalkan suhu 37 darjah celcius.
“Air yang masuk ke dalam mulut akan turun ke perut, di dalam perut suhu ais atau air sejuk berterusan turun ke 37 darjah celcius, sama seperti suhu badan.
“Setakat ini kita sudah tahu ais akan masuk ke dalam badan, suhu ais akan berubah kepada suhu badan dan tidak akan meningkatkan suhu badan,” katanya.
Menurut Dr Khairul Hafidz, teori kononnya air sejuk dan ais akan bergumpal dengan lemak dalam perut boleh ditolak.
“Air yang sama dengan suhu badan macam mana nak bergumpal lemak? Mitos minum ais dan air sejuk bergumpal lemak adalah tidak logik.
“Dalam sistem pencernaan ada enzim-enzim yang akan mencernakan lagi makanan, ia tidak bergumpal seperti yang didakwa,” katanya.
Menurutnya, buncit terjadi kerana lebihan kalori yang menjadi lemak tetapi prosesnya kompleks bukan semudah itu.
Sumber:- Twitter Khairul Hafidz via SinarHarian
P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…
The post Air Berais Punca Perut BUNCIT. Doktor Ini Tampil Jelaskan Perkara SEBENAR Yang Ramai Salah Faham !!! appeared first on EKSIDENZ.