Loading...
kisahbenar

Korea Utara Mengeluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN Mengenai Kematian Kim Jong Nam !!!

Korea Utara Mengeluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN Mengenai Kematian Kim Jong Nam !!!| Seoul: Korea Utara hari ini menyalahkan Malaysia bagi kematian seorang rakyatnya minggu lalu. Mereka turut menuduh kerajaan ‘bersikap tidak mesra’ dalam senario yang dibuat oleh Korea Selatan. Jiran Korea Utara itu mempercayai ejen Pyongyang membunuh Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA berkata, Malaysia pada mulanya memberitahu Korea Utara seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu. KCNA mendakwa Malaysia menukar posisinya dan mula merumitkan perkara itu selepas muncul laporan di Korea Selatan yang menyatakan lelaki itu diracun, kata jurucakap jawatankuasa negeri.

“Apa yang perlu diberi lebih perhatian adalah perbuatan Malaysia ini berlangsung bersamaan konspirasi anti-Korea Utara dilancar oleh pihak berkuasa Korea Selatan,” kata KCNA. “Tanggungjawab terbesar bagi kematiannya terletak pada kerajaan Malaysia kerana warga negara Korea Utara maut di tanah airnya,” kata KCNA.

Malaysia turut dituduh melanggar undang-undang antarabangsa apabila melakukan bedah siasat ke atas seorang yang dikatanya pemegang pasport diplomatik. Semalam, Polis Diraja Malaysia mengenal pasti Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang-song, 44, serta pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, dipercayai terlibat kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang berusia 46 tahun kepada Kim Jong-un.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka berada di Malaysia tetapi tidak dapat mengesahkan mereka berada di Kedutaan Korea Utara di sini. Setakat ini, polis mengenal pasti lapan warga Korea Utara disyaki terbabit dalam kes ini. Seorang daripada mereka sudah ditahan. Dalam kejadian 13 Februari lalu, Jong-nam maut selepas dikatakan disembur dan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di klia2.

Sumber: HMetro

The post Korea Utara Mengeluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN Mengenai Kematian Kim Jong Nam !!! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.