Kerap Mimpi KAHWINI Penagih DADAH. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Memang MENGEJUTKAN !!! | Setiap pasangan mengimpikan kehidupan yang bahagia dan jarang yang mengambil risiko untuk berkahwin dengan seorang penagih dadah kerana takut kehidupan terabai. Kami kongsikan sebuah kisah pengalaman seorang isteri yang nekad berkahwin dengan seorang penagih dadah.
“Assalamualaikum warga krt, saya nak kongsi kisah rumah tangga saya. OK, saya dirikan rumah tangga dah 2 tahun dan umur saya lebih muda dari suami 6 tahun. Sebelum mendirikan rumah tangga, suami ada bagitahu saya yang dia mengambil dadah. Perasaan saya waktu ITU memang bercampur baur sebab dia tak nampak macam ambil dadah kerana dia rajin kerja.
Hurmm…tindakan pertama saya pada waktu itu ialah solat istikharah minta petunjuk dari Allah, kerap mimpi suami jadi saya berani tanggung risiko dan saya yakin dia jodoh saya. Saya yakin pada petunjuk yang saya dapat dalam mimpi saya dan saya bernikah dengan dia tapi tinggal dengan mertua.
Tindakan pertama saya ialah daftar suami di klinik kesihatan untuk ambil methadone. Alhamdulillah suami ikut sampai sekarang ini suami bergantung pada methadone. Berat suami pun dah mula naik dari 28kg, sekarang dah 34 kilogram.
Alhamdulillah, walaupun dia macam tu dia tak pernah angkat tangan dekat saya, kerja rajin. bab jaga anak dia la yang terbaik. Masa saya dalam pantang dia la yang bersusah payah jaga anak, bangun tengah malam panaskan susu perahan saya bagi kat anak malah berak anak dia yang basuhkan, mandikan anak semua dia la yang buat. Tambahan pula saya beranak secara cesar, memang dia jaga saya betul-betul. Tak bagi buat apa pun.
Alhamdulillah, sekarang anak dah setahun, suami masih jalankan tnggungjawab dia seperti biasa tengah malam dia yang akan bangun bancuh susu anak. Saya nak buat dia marah suruh rehat tidur. Terima kasih abang sebab dah banyak berubah.
Saya akui mula-mula takut nak nikah sebab banyak sangat dengar yang bukan-bukan tentang penagih dadah. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk teruskan pernikahkan kita dan dikurniakan seorang hero. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sayang akan sentiasa ADA bersama abang, sayang tahu betapa susahnya mula-mula abang nak tinggalkan benda tu. terima kasih sudi buat semua ni demi kebahagian kita sekeluarga.” Kredit:-KRT