Viral Lelaki Maki Hamun Pemandu Lori Dalam FB. Lihat Apa Yang Pemandu Lori Buat Padanya !!! | Johor Bahru: “Inilah cara nak stop (hentikan) awak punya viral,” demikian luah seorang lelaki sebagai reaksi mendesak permohonan maaf seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) yang didakwa memuat naik status perkataan kesat serta menghina kerjaya dan keluarga pemandu lori di seluruh negara.
Menerusi rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu, pemilik laman sosial berkenaan didesak kumpulan lelaki tidak dikenali di suatu lokasi tidak diketahui supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka selepas kisah viralnya disebarkan kepada umum.
Dalam rakaman terbabit, pemilik FB berkenaan dilihat dikerumuni kumpulan lelaki sekali gus menyebabkan dirinya terdiam dan ‘mati kutu’ sebelum wajahnya dirakamkan kembali untuk dikongsi semula menerusi laman sosial.
Bahkan sejak semalam, video berdurasi pendek itu sudah berlegar di laman sosial FB dengan status ‘Persidangan Mohon Maaf’, sebelum mendapat pelbagai reaksi dan maklum balas daripada orang ramai selepas menonton video berkenaan.
Isu membabitkan viral oleh pemilik akaun berkenaan disuarakan sekumpulan pemandu lori yang tersinggung dengan status yang dikongsi secara terbuka oleh seorang pengguna laman sosial FB yang didakwa menghina kerjaya dan keluarga pemandu lori di seluruh negara. Kredit:- Harian Metro