#Penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Maya telah tampil meluahkan rasa terkilannya dengan layanan penganjur Gegar Vaganza (GV) yang menolak penyertaannya dalam musim ketiga program realiti itu.
#Maya yang kini menggunakan nama Mya Matahari, telah dua kali mencuba nasib menyertai uji bakat rancangan itu, namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila gagal menyertai Gegar Vaganza.
#Mya berkata dia bukannya mahu mempersoalkan kenapa dia tidak layak, tetapi kecewa dengan layanan yang diterima daripada penganjur program terbabit.
#Ini Komen Mya:
#Kenapa Ditolak, Apa Faktor?
#“Pada musim kedua GV, penyertaan saya ditolak mungkin kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan ketika uji bakat diadakan. Ketika itu, suara saya tidak keluar dan tak mampu menyanyi dengan baik.#“Musim ketiga ini, saya tidak pasti kenapa ditolak? Ada kala saya jadi kabur dengan syarat pertandingan.#“Adakah GV mahu mencari penyanyi sedia ada dari era 1980-an dan 1990-an yang pernah menyerlah suatu ketika dulu atau penyanyi yang hanya meledak dengan sebuah lagu?”
#Tak Boleh Jadi Duta Produk Lain?
#Mya juga meminta penjelasan apakah artis yang dibenarkan menyertai GV tidak boleh terikat dengan mana-mana produk atau bergelar duta.
#Sebenarnya, Mya hanya menjadi rujukan atau testimoni sesebuah produk selain menjadi pengguna tegar tetapi tidak dianggap sebagai duta.
#“Saya faham jika pertandingan itu mempunyai pihak penaja dan tidak mahu peserta terikat dengan produk lain.#“Hakikatnya, saya tidak diikat sebagai duta oleh mana-mana produk,”#“Saya percaya, sebagai selebriti kita kena bijak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mencari makan dalam dunia hiburan. Saya tiada perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan harian,”
#Dah Tolak Tawaran Lain
#Menurut Mya, dia langsung tidak diberitahu keputusan sama ada dirinya lulus atau tidak hasil uji bakat musim kedua dan ketiga Gegar Vaganza.
#Malah, pada satu tahap, Mya terpaksa menghubungi pihak terbabit bagi bertanyakan perkembangan terkini.
#Ini komen Mya lagi:
#“Tidak saya nafikan, pertandingan ini banyak membantu penyanyi lama yang dilupakan dan kurang menyerlah untuk kembali diingati. Begitupun, kalau sudah bukan namanya rezeki, kita tidak boleh berbuat apa-apa.#“Saya sendiri bekerja secara profesional. Bayangkan, sementara menunggu keputusan GV3, saya terpaksa menolak banyak tawaran lain.#“Dua antaranya tawaran berlakon drama sebanyak 16 episod dan 80 episod selain undangan menjadi hos program bual bicara.#“Terus-terang, saya komited dalam hal kerja kali ini termasuk tawaran menantikan keputusan GV3.#Tetapi, pihak produksi juga kenalah peka dan bertolak-ansur dalam hal ini. Saya mencari makan dengan cara menyertai dunia seni,”
#Mya mendakwa hanya mendapat tahu keputusan dirinya tidak diterima menyertai GV3 daripada kawan. Bagi Mya, sepatutnya pihak produksi yang memaklumkan perkara ini.
#Kata penyanyi ini lagi, sama ini berulang seperti ketika GV2 apabila Mya tidak diberitahu dan pihak produksi terus senyap begitu saja tanpa khabar berita. -
Sumber : Informasiberganda