#WALAUPUN kini sudah merantau jauh ke Australia, namun Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tetap mengambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara ini.
#Sebagai contoh, baru-baru ini, Wardina ada memuat naik satu status berbunyi, pelajar Akademi Fantasia tidak layak untuk menyarung jubah konvo yang dikhaskan untuk pelajar yang diiktiraf dari segi kelayakan akademik.
#Selebriti yang cukup lantang bersuara ini berkata, dengan menyarung jubah konvo itu, ia seolah-olah merendahkan martabat jubah itu sendiri.
#“Saya tak mengikuti perkembangan AF. Saya cuma kurang senang dengan jubah konvo yang mereka pakai di atas pentas.
#“Mereka tidak bergraduasi dari apa-apa. Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormat mewakili ilmu yang dituntut dari institut pengajian tinggi.
#“Graduan layak memakai jubah dan topi mortar tersebut di atas kerja keras, displin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang berkaitan.
#“Bermain graduasi olok-olok ini amat membahayakan. Ia adalah satu penipuan kepada diri sendiri dan masyarakat. Anda tidak bergraduasi daripada apa pun.
#“Ia hanya sebuah rancangan yang bertahan selama beberapa bulan. Itu sahaja.
#Saya tak setuju untuk mereka berpura-pura bergraduasi. Semua majlis graduasi olok-olok ini perlu dihentikan.
#“Saya merasakan perkara seperti ini tidak menghormati institusi pengajian tinggi dan graduan sebenar,” tulis selebriti berusia 37 itu.
#Konsert akhir AF 2016, takhta juara berjaya diraih Amir Syazwan, tempat kedua Amal, ketiga Reshma, keempat Ara dan kelima Afi.
#AF2016 dinaungi pengetua, Datuk Shake serta barisan tenaga pengajar, Mas Idayu, Linda Jasmine, Elly Suriaty dan program itu dihoskan Alif Satar dan Zizan Razak.
Sumber : Informasiberganda