Loading...
Cite Malaya

Mengalir air mata...Kasih yang Terpadam dengan Darah dan Nyala Kembali dengan Ibrah,Moga kisah ini bermanfaat dan menjadi motivasi para wali keluarga yang lain.




#Kasih Abang Yang Terpendam Dibawa Mati|Kasih yang Terpadam dengan Darah dan Nyala Kembali dengan Ibrah,Moga kisah ini bermanfaat dan menjadi motivasi para wali keluarga yang lain. Wali itu bukan hanya ketika akad dan waris itu juga bukan ketika faraid sahaja.
#Kita tersentak dan terpaku dek coretan semalam kasih berdarah seorang kekanda kandung mempertahankan maruah dan kebajikan adinda tersayang yang ditatang sejak kecil.Betapa kasih sayang dan hubungan darah daging antara adik abang tampak jelas dengan peristiwa ini meskipun ia dipendam.
#Ibrah dari tragedi ini bahawa masih subur lagi kasih sayang dan tanggungjawab seorang lelaki yang dipanggil abang dalam masyarakat kita. Seorang wali dan mahram yang dipilih oleh Allah kepada keluarga ini.
#Izzah seorang perempuan yang dijaga demi agama oleh para lelaki dalam keluarganya. Visinya untuk memastikan adiknya membina rumah tangga dengan kemuliaan dan kebahagiaan.
#Dia terkorban dalam mempertahankan masa depan adiknya dunia akhirat. Semoga Allah SWT mengurniakan jannah buat dirinya dan ibubapanya yang berjaya mendidik dirinya bermaruah sebegitu sebagai abang.
#Semoga Allah SWT mengurniakan jodoh yang terbaik buat adindanya tersayang. Buat isterinya dan bakal zuriatnya berbanggalah dirimu dik, suamimu meninggal dunia fana ini dengan penuh kemuliaan dan maruah lebih dari kematian 1000 lelaki lain dan moga Allah swt kurniakan rezeki dan kebahagiaan buat anakandamu.
#Ceritakanlah pada dia siapa dan bagaimana mulianya ayahnya itu semasa hayatnya itu, InsyaAllah dia akan membesar sebagai insan beragama dan bermaruah.Lelaki ini akan berada dalam doa semua lelaki dan wanita yang mementingkan maruah dan keluarga.
#Yang bersimpati Namun Bangga dengan Maruahmu sebagai Abang Yang Bertanggungjawab.
Mumtaz Md Nawi
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan,
Negeri Kelantan.
14718773_1002574263221307_7356176997276319784_n
14563486_1002574269887973_6229392855225248742_n



Sumber : Informasiberganda

About Cite Malaya

Powered by Blogger.