Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), maut apabila terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.
Menurut laporan dari Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40pagi tadi apabila mangsa iaitu Azim Hakimi Abu Shuja, 15 tidak dapat mengimbangi badannya ketika melompat untuk cuba membantu mengambil beg rakanya yang dibuang oleh pelajar yang lain.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Polis, Rosly Hassan, turut mengesahkan kejadian berkenaan.
“Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: coretanmalaysiaterkini
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih