Loading...
Sensasi

Pantas Sungguh Padam Nama Senaraihitam PTPTN

Hari Jumaat yang lepas..SS nak renew passport tak boleh. Pegawai di kaunter imigresen tu cakap nama SS disekat sebab tak bayar PTPTN.Haahhhhh????!!! Ya Allah cantik pulak timingnya. Time SS nak giobersealah nama kena blacklist dengan PTPTN.


Padam Nama Senaraihitam PTPTN
Ni nombor giliran SS Jumaat lepas masa nak renew passport di Jabatan Imigresen Wangsa Maju


Akibat Tak Jelas Hutang PTPTN

Kejammmmnya PTPTN!! Lagu mana nak padam nama senaraihitam PTPTN nih? Dalam hati nak nangis ada nak tergelak pun ada. Ye lah nama SS baru je disenarai hitamkan oleh PTPTN pada 19hb Ogos 2016. Macam tau-tau je SS punya planning. Tetiba rasa menyesal awal-awal tak setel hutang PTPTN.

Itu perasaan mula-mula je. Lepas emosi dah stabil SS bersyukur sekurang-kurangnya SS tidak disekat oleh pihak imigresen masa nak check in atau boarding kat airport. Kalau kat airport baru tahu kena sekat memang confirm nangis nih.

So nak marah-marah pun tak guna. Dah memang salah SS tak bayar hutang PTPTN. Kalau tak silap sejak tahun 2007 SS dah stop bayar ansuran PTPTN. SS stop bayar sebab masa tu baru masuk latihan polis di Pulapol, KL. Masa dalam training mana nak ada gaji. Lepas 2 bulan macam tu baru dapat gaji. Sebab tu sampai sekarang SS tertangguh nak sambung bayar pinjaman PTPTN.


Bagaimana Nak Selesaikan Pinjaman PTPTN?

SS cuba kol 2 hingga 3 orang pegawai PTPTN untuk berunding malangnya agak tinggi bayaran yang SS kena bayar kalau nak clearkan nama dari Imigresen tu. Nak kena bayar at least RM4,000. Mana nak cekau wang tunai banyak tu? Memang bayang-bayang nak gi obersea SS nampak samar-samar jerhuhuhu

Then pagi ni SS cuba lagi kol pegawai PTPTN dari negeri Selangor pulak. Yang ni kawan SS rekomen. Ni lagi teruk katanya walau SS bayar RM4,000 sekali pun nama SS masih black listed di Imigresen. Hurmmm macam mana nak buat ni?


Berunding Dengan Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN

Padam Nama Senaraihitam PTPTN
Nombor 3duduk dari kanan iaitu Puan Mastura Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN ) semasa Majlsi Ejen Pemasaran Online SSPN -I Plus .


Tiba-tiba SS teringat PuanMastura binti Mohd Khalid iaitu Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN. SS kenal beliau semasa SS hadir majlisEjen Pemasaran Online SSPN-iPlus 3 bulan lepas. Terus SS whatsapp beliau dan terangkan situasi SS.

Alhamdullillah PuanMastura balas whatsapp SS dengan segera dan terus menawarkan bantuan untuk bantu SS clearkan nama yang dah blacklist kat Jabatan Imigresen. So SS maklum kan berapa banyak yang SS mampu bayar secara tunai buat masa sekarang dan SS bersetuju buat potongan gaji setiap bulan untuk jelaskan baki tertunggak pinjaman.


Layanan VIP Oleh PTPTN

Padam Nama Senaraihitam PTPTN
SS sedang melengkapkan dokumentasi PTPTN


Jam 3 petang seperti dijanjikan SS dah sampai di Menara PTPTN ni Jalan Yap Kwan Seng. Puan Mastura sambut SS di bahagian lobi dengan senyuman mesra. Adoii rasa malu lak SS ye lah kita tak bayar hutang kan?

PuanMastura bawa SS duduk di kerusi tetamu kemudian beliau minta staffnya bernama Cik Husna bawakan dokumen untuk SS tandatangan. Wahh rasa dilayan macam VIP lakMemang segan tak tau nak habaq nih. Seminit kemudian Cik Husnadatang membawa dokumen yang berkenaan kepada SS.

Sebelum tandatangan Cik Husna terangkan secara ringkas tentang dokumen tersebut. Selepas tu SS pun sain la dokumen tu termasuklah dokumen bayaran ansuran melalui potongan gaji. SS pun serahkan sejumlah wang tunai kepada Cik Husna untuk pembayaran.


Bagaimana Padam Nama Senaraihitam PTPTN di Jabatan Imigresen ?

Padam Nama Senaraihitam PTPTN
PuanMastura binti Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN


Lega rasa bila dah setel Kemudian Puan Mastura maklumkan kepada SS bahawa SS boleh terus pergi ke UTC Jalan Pudu untuk renew passport. Eh cepatnya????!!! Ya Allah rasa bersyukur sangat-sangat dipermudahkan urusan.

Kalau ada kawan-kawan puan ada masalah nak bayar pinjaman PTPTN puan boleh maklumkan saya atau minta dia datang terus ke sini. Insya Allah kami boleh bantu untuk mudahkan urusan. Jangan takut nak bayar. Janji bayar je walau pun sedikit.. pesan Puan Mastura lembut.

Terngiang-ngiang lagi pesanan Puan Mastura. Ye lah bagus niat dia tu untuk mudahkan urusan kita. Contohnya lihat SS dah. Baru pagi tadi SS mesej minta tolong waktu petang SS dah diminta datang Menara PTPTN untuk setel dokumen dan terus boleh pergi imigresen untuk renew passport. Pantassss sungguh!


Tak Sampai Satu Jam Nama Telah Dipadam Dari Senaraihitam di Jabatan Imigresen

Padam Nama Senaraihitam PTPTN
Terus SS gi renew passport di Jabatan Imigresen kat UTC, Jalan Pudu KL


Serius SS puas hati sangat berurusan dengan Puan Mastura, Cik Husna dan PTPTN. Terima kasih tak terhingga kerana melayan karenah SS dan membantu selesaikan masalah nak renew pasaport. Tak sangaka cepat betul padam nama senaraihitam PTPTN. Yeayyyyy paspport dah siap!!! Huhuhu

Masalah Nak Setel Pinjaman PTPTN ?

Jangan risau SS rekomen kan korang hubungi Staf PTPTN yang ramah dan mesra alam ni:

Cik Husna 019 3649 405

Puan Hasnidar 017 6296 255

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (HQ)
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

http://ift.tt/2bV5zhk

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Cite Malaya

Powered by Blogger.