Loading...
Sensasi

KeduaDua Isteri Ashraf Muslim Persoal Hasratnya Ingin Kahwin Tiga

Kedua-Dua Isteri Ashraf Muslim Persoal Hasratnya Ingin Kahwin Tiga

am.jpg

Khabar angin mengatakan pelakon Ashraf Muslim menghubungi semula bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ini menyebabkan kedua-dua isteri Ashraf Muslim mempersoalkan keinginan dan hasrat suaminya itu untuk berkahwin lagi.

Ashraf sendiri mengakui isteri pertama Noor Dayana Lokman dan isteri kedua Wan Sakinah ada bertanyakan perkara sama selepas membaca gosip mengatakan mahu mengambil Sherry sebagai isteri ketiga.

Walaubagaimanapun, Ashraf Muslim tampil dengan tegas tiada niat untuk bersama dengan Sherry Ibrahim apatah lagi bernikah dengan bekas kekasihnya itu.

Namun beliau tidak menolak jika ditakdirkan berkahwin buat kali ketiga.

Ini komennya:

Sejujurnya sudah lama tak jumpa Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar,

Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,

Ashraf Muslim walaubagaimanapun bersyukur kerana isteri-isterinya tenang dengan gosip yang melanda Ahsraf Muslim.

Sumber: beritamemey

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Cite Malaya

Powered by Blogger.