Empat hari lalu, dua pelajar perubatan berkongsi luahan kesedihan mereka tidak dapat balik beraya di kampung, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menurut TikToker Fikarzy, dia dan rakannya hanya mampu melihat rakan-rakan lain pulang ke kampung dan mereka pula hanya sekadar menyambut lebaran itu di kediaman masing-masing.
"Tipulah kalau tak sedih bila tengok member seorang-seorang balik raya. Tapi nak buat macam ana, tiket flight mahal dan bukan semua orang T20/M40," katanya.
@fikarzy Takpelah korban sikit demi masa depan #b40 #rayaperantauan #sabahan ♬ Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza
Untuk itu, anak muda berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu membeli beberapa barangan keperluan seperti telur, beras, mi segera dan lain-lain untuk menempuh cuti perayaan selama seminggu.
Namun, mereka tidak sedar bahawa ada insan lain yang sedang memerhati kesusahan mereka itu dan tampil membantu.
"Assalamualaikum. Dapat cuti ke untuk raya? Saya baru tengok post yang terbaru (korang) tak dapat balik beraya tu. Kalau nak balik, insyaAllah boleh diusahakan," kata individu berhati mulia berkenaan.
Akhirnya, hasrat Fikarzy dan rakannya untuk pulang ke kampung tercapai apabila individu berkenaan menaja tiket penerbangan (MAS) untuk mereka berdua.
@fikarzy Alhamdulillah terima kasih sangat2 buat semua yg mendoakan kami dan beri peluang utk kami beraya bersama family tahun ni. Semoga Allah membalas jasa baik semua😊 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin✨ ps: minta maaf kualiti camera tak lawa :’) #fypシ #sabahan #rayaperantauantakjadi ♬ Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza
"Tak sangka ada hamba Allah yang sanggup taja tiket untuk kami berdua balik beraya. Jatuh air mata jantan bila sampaikan khabar gembira ni kat ibu.
"Hanya Allah je tahu bertapa gembiranya perasaan kami masa ini," katanya.