Loading...
TR

'Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan yang menyakitkan Puteri Sarah' - Syamsul reda dengan keputusan JKP Isnin depan



Pengarah Syamsul Yusof pagi Khamis, 6 April 2023, telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu. 


Tuntutan nusyuz itu difailkan kerana Puteri Sarah masih menghubungi bekas kekasihnya yang juga merupakan suami orang, keluar dari rumah kelamin sejak Oktober 2020, memfitnahnya memukul dan tidak memberi nafkah.


Syamsul ketika ditemui media berkata, dia mahu masalah rumah tangganya diselesaikan segera dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik. 


"Doakan yang baik-baik, saya pun tak nak cakap banyak di bulan Ramadan ini," katanya. 


Dalam pada itu, Syamsul memanjatkan rasa bersyukur kerana dia tidak pernah dihalang oleh isterinya itu untuk bertemu dengan dua anaknya. Malah Syamsul menganggap Puteri Sarah bersikap profesional walaupun rumah tangga mereka berdepan dengan masalah yang belum menemui jalan penyelesaian.


"Syukur Alhamdulillah, saya ada berjumpa dengan anak-anak. Sarah pun beri kerjasama dengan baik, walaupun saya tahu dia ada failkan tuntutan hadanah. Walaupun selama ini Sarah dan saya ada masalah, kami tetap profesional tentang anak," katanya. 


Mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Isnin depan, Syamsul berserah dan reda dengan apa jua keputusannya kelak. 


"Redalah apa sahaja, mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya. Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang menyakitkan isteri saya.


Sementara itu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz berkenaan. 


Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.