Loading...
TR

Lelaki buat laporan polis konon disamun, rupa-rupanya takut kena marah isteri kerana habiskan duit RM3,000



Polis Daerah Sukabumi (Indonesia) menahan seorang lelaki bernama 'DR' kerana dipercaya membuat laporan polis kononnya dia telah disamun.


"Polis menerima laporan daripada lelaki itu yang mendakwa kejadian samun tersebut berlaku di Lengkong. Tetapi apabila disiasat, polis mendapati kes itu tidak berlaku," kata Ketua Polis Sukabumi, Maruly Pardede, Selasa, 11 April 2023. 


Terdahulu, DR mengaku dia disamun ketika melalui lokasi kejadian dan untuk menyakinkan lagi dakwaannya itu, dia menceritakan kronologi kejadian tersebut di akaun media sosialnya. 


Tetapi selepas disiasat, ternyata DR berbohong dan mengaku memalsukan cerita kerana takut dimarahi isteri disebabkan dia telah menghabiskan wang isterinya sebanyak Rp10 juta (RM2,977). 


"Pegawai penyiasat sudah memeriksa lokasi kejadian. Tetapi tiada sebarang bukti ditemui dan kejadian samun itu hanyalah rekaan semata-mata," katanya. 


Lelaki itu kini berdepan dengan tindakan undang-undang kerana membuat laporan palsu. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 365 hari. 


Sumber: Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.